Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Friday, 11 October 2013

12 CARA OTAK MENJADI ROSAK

   1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan. 2. Terlalu banyak makan Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental. 3. Merokok Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer. 4. Pengambilan gula yang tinggi Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak. 5. Pencemaran udara Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Kurang tidur Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.    7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 9. Berfikiran sempit Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak. 10. Kurang berkomunikasi Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran. 11. Kurang membaca Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang. 12. Mengabaikan Meditasi Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!
Otak juga mudah rosak..
1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.



   1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan. 2. Terlalu banyak makan Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental. 3. Merokok Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer. 4. Pengambilan gula yang tinggi Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak. 5. Pencemaran udara Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Kurang tidur Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.    7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 9. Berfikiran sempit Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak. 10. Kurang berkomunikasi Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran. 11. Kurang membaca Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang. 12. Mengabaikan Meditasi Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!
Oksigen wajib untuk kesihatan otak.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.
12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!


p/s : Marilah bersama-sama menjaga nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita.

Sunday, 6 October 2013

Hanya cerita rekaan semata-mata

Alkisah terjadi sebuah perbualan di sebuah KFC di Pendang…

Alkisah terjadi di sebuah Kfc di Pendang…  cashier : makan sini ka bawa balik? pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini.. cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik? pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik, dia terbang balik rumah pakcik seniri ka? bungkus. cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana? pakcik : yang setsi ada tak?? cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla.. pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok.. cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah. pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi. cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja.. pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa. cashier : pakcik ada berapa orang kat umah? pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang.. cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka? pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka? cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka? pakcik : huu? natang apa tu? cashier : kentang goreng.senang creta..cucuq ubi. pakcik : ha bule la..bagi cucuq ubi seringgit cucuq pisang seringgit..campur..kerak boh lebih.. cashier : err…ok ok..(segan layan) cashier : semua sekali RM 34.50.. pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekoq.tak mai dah.(buka wallet bayaq) cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi.. pakcik : tak kelapaq mai dah.  P/S : Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya.. hihihihihi

cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik, dia terbang balik rumah pakcik seniri ka? bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu? natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucuq ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucuq ubi seringgit cucuq pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekoq.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.

P/S : Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya.. hihihihihi

Tuesday, 25 June 2013

Terbongkar : DS Anwar wassap dengan DS Najib..

DS Anwar wassap dengan DS Najib.gambar di majlis angkat sumpah. najib angkat sumpah, sidang parlimen, anwar angkat sumpah
Gambar di Majlis Angkat Sumpah pagi tadi..

Kalau Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan duduk berbual, Brader selalu sangat terfikir, apa yang mereka bualkan sebenarnya? Mungkin camni kot..

"Hahaha. Kau ni Nuar, tak habis-habis demo. Seronok sangat ke?"

"Jib, kau main tipu kan election hari tu? Tengok, aku dah kalah! Aku dah tak dapat nak jadi PM macam ko."

"Nuar, kenapa semua benda kau tak puas hati dengan aku ni? Semua nak tentang."

"Apalah kau ni Jib. Kau ni perintah negara tak bagus sangat. Kalau dah boring kerja PM, kau bagi aku je."

"Ala...Rileklah Nuar. Aku nak perintah satu penggal lagi. Boleh?"

"Hmm..Boleh je Jib. Tapi aku akan terus berdemo untok tentang kerajaan kau."

"Alamak...yeke..Hmm..Takpelah Nuar. Kalau demo tu jangan sampai rosakkan benda-benda."

"Jib, kau dah baca Harakah dan Suara Keadilan? Habis semua cerita pasal kau."

"Ala...Kira seri la tu. Berita Harian dan Utusan pun selalu je kondem kau. RTM tu tak payah cerita la."

"Hahahaha. Okay-okay. Fine. Jib, esok gi Midvalley nak? Tengok World War Z. Ajak la Rosmah sekali."

"Nanti aku tengok jadual aku dulu ya. Kalau jadi petang ni aku whatsapp kau."

"Ok bro. Aku nak chow kejap. Orang ramai tunggu luar parlimen tengah demo nak tentang kau ni."

"Okay-okay. Suruh diorang bersurai cepat-cepat ya. Aku nak balik ofis ni. Kang tak pasal-pasal aku keluar parlimen, orang baling telur kat muka aku."

"Okay Jib. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."


2 Jam Selepas Itu..
DS Anwar wassap dengan DS Najib.gambar di majlis angkat sumpah. najib angkat sumpah, sidang parlimen, anwar angkat sumpah
Gelak sakan nampak..Dah deal tgk wayang lah tu..

p/s : Hanya dialog rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan Pak Mat pun..

Thursday, 13 June 2013

Pramugari ajak main??

pramugari ajak main, taubat pramugari, kisah pramugari, kisah benar pramugari, kisah taubat, kisah benar.
Keyword mengarut camni pun ada..

Tadi Brader singgah jap Nuffnang..saja nak tgk statistik blog ni..terkejut beruk tgk benda ni..Oh..sape punya kerja lah ni search kat lebai Google keyword ni..nauzubillah min zalik..setahu Brader, xda pon satu entry yang ada keyword ni..Kalau ada pun just keyword pramugari..entry dia tajuk ni..

Kisah Benar : Taubat nasuha dari seorang pramugari

p/s : Harap maklum..blog ni akan dijauhkan sejauh mungkin daripada unsur-unsur lucah..kalau ada sila beritahu segera dan entry tersebut akan diremove segera..Terima kasih.

Wednesday, 12 June 2013

10 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia.

Salam dan selamat sejahtera. Okay. Saje nak bagitahu. Hujung bulan ni Brader dah start cuti sem..haha..so Brader nak pi melancong. So this is my idea. Ada sape-sape nak support. Dengan begitu banyak nya sekali tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi di dunia ini, Brader senaraikan 10 keajaiban alam semulajadi di dunia yang patut kita lawat. Kumpul duit banyak-banyak dan jom melancong.



10) Gurun Sahara



Sahara, gurun besar, gurun terbesar dunia, gurun sahara, gurun di afrika.



Gurun Sahara merupakan kawasan gurun panas yang terbesar di dunia! Saiznya sahaja sudah sebesar negara Amerika. Besar kan? 




9) Teluk Ha Long


Ha Long Bay, telok ha long, telok vietnam, telok tercantik dunia.



Teluk Ha Long atau lebih popular dengan Ha Long Bay ini terletak di Vietnam, dengan kawasan yang seluas hampir 120 km persegi. Terdiri daripada pulau-pulau dan tanaman yang rimbun, kawasan ini memang cukup cantik dan mistik keindahan nya.



8) Gunung Everest


Everest, gunung everest, banjaran himalaya, nepal



Gunung  Everest pasti tidak perlu diperkenalkan kepada semua orang. Dengan ketinggian puncak nya 8848 meter, Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Ia nya terletak di antara sempadan Nepal dan Tibet.



7) Antartika


Antartika, penguin, kutub selatan,



Antartika juga merupakan sebuah tempat yang sangat unik dan menarik. Dengan kawasan nya yang diliputi ais sehingga 98%, Antartika merupakan sebuah benua yang sangat sejuk dan paling berangin di bumi. Antartika juga lebih sejuk daripada Artik.



6) Terumbu Karang Great Barrier


Great Barrier, terumbu karang, terumbu terbesar, terumbu australia.



Terumbu karang terbesar di dunia ini terletak di perairan Australia. Kawasan nya menjangkau sehingga 3000km dan boleh punya lah besar sampai boleh dilihat dari angkasa.



5) Grand Canyon


Grand Canyon, amerika, gaung terbesar, gaung tercantik.



Gaung besar ini terletak di Utara Arizona, Amerika. Sekalipun ianya bukan merupakan gaung terdalam atau yang paling panjang dalam dunia, gaung ini mendapat reputasi disebabkan keindahan nya. 



4) Air Terjun Iguazu


Iguazu, air terjun tercantik, sungai iguazu the devil throat, tekak syaitan.



Air terjun Iguazu terletak di sempadan antara Brazil dan Argentina. Menariknya, terdapat hampir 275 air terjun di sepanjang Sungai Iguazu, dengan air terjun yang paling popular adalah  the Devil’s Throat yang berbentuk U.



3) Amazon


Amazon, sungai amazon, lembah amazon, brazil,



Amazon juga merupakan keajaiban semula jadi dunia yang patut dilawati. Ia nya merupakan sungai yang terbesar di dunia, dengan hampir 1/5 air di bumi ini mengalir di sini! Spesies ikan yang hidup di sini juga adalah sehingga 3,000 jenis ekor dengan spesies baru masih lagi ditemui. 



2) Kepulauan Galapagos


Galapagos, biawak besar, darwin, teori darwin



Kepulauan Galapagos juga merupakan tempat yang menarik. Ia nya adalah kepulauan kecil yang dipunyai oleh Ecuador. Kepelbagaian hidupan di sini sangat hebat, sehingga kan memberi inspirasi kepada Charles Darwin untuk mengemukakan teori bodoh Teori Darwin.



1) Serengeti


Serengeti, afrika, keajaiban afrika, makna serengeti


Mungkin ramai yang belum pernah mendengar mengenai Serengeti. Namun ia nya merupakan satu tempat yang sangat kaya dengan ekosistem yang pelbagai. Terletak di antara Tanzania dan Kenya, Serengeti terkenal dengan penghijrahan besar-besaran binatang di dunia apabila tiba musimnya.

Menarik bukan semuanya. Akan tetapi jangan kita menikmati semua keindahan alam ini semata-mata tanpa mengamalkan tips-tips ini dan mengambil sedikit iktibar dari perjalanan kita itu. Allah s.w.t berfirman :
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". Surah Al-Hajj (22) ayat 46.

p/s : Teluk Ha Long je ah setakat ni yang nampak boleh jadi realiti..Doakan lah..haha..

Tuesday, 11 June 2013

10 Model Kereta Turun Harga

Salam dan selamat sejahtera semuanya. Dah baca suratkhabar semalam dah? Dah tahu berita baik belom? Semalam, Brader singgah kedai sebelah kedai Pak Mat beli suratkhabar.Terbaca pula tajuk muka depan dia. Lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

harga kereta baru, kerajaan umum harga kereta turun, harga baru PEUGEOT 108,harga baru VOLKSWAGEN GOLF ,harga baru PERODUA VIVA ,harga baru PERODUA MYVI,harga baru PROTON PERSONA,harga baru PERODUA ALZa,harga baru PROTON PREVE,harga baru HONDA JAZZ HYBRID,harga baru PROTON SAGA , harga baru PROTON EXORA

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagaian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017. Menurut Institut Automotif Malaysia, penurunan harga kereta secara mendadak tidak dapat dilakukan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap harga kenderaan terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi perbankan yang memberi pinjaman.



Berikut ialah senarai 10 model kenderaan yang turun harga:



harga kereta baru, kerajaan umum harga kereta turun, harga baru PEUGEOT 108,harga baru VOLKSWAGEN GOLF ,harga baru PERODUA VIVA ,harga baru PERODUA MYVI,harga baru PROTON PERSONA,harga baru PERODUA ALZa,harga baru PROTON PREVE,harga baru HONDA JAZZ HYBRID,harga baru PROTON SAGA , harga baru PROTON EXORA



Secara dasarnya sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%). Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.


Harga Terkini Selepas Penurunan
1-PEUGEOT 108 – 11% Dari RM115,663 ke RM102,888
2-VOLKSWAGEN GOLF – 7.1% Dari RM169,888 ke RM157,888
3-PERODUA VIVA – 5.4% Dari RM37,174 ke RM35,174
4-PERODUA MYVI – 4.0% Dari RM50,424 ke RM48,424
5-PROTON PERSONA – 3,8% Dari RM53,113 ke RM51,113
6-PERODUA ALZA – 3.4% Dari RM59,017 ke RM57,017
7-PROTON PREVE – 3.0% Dari RM72,990 ke RM70,895
8-HONDA JAZZ HYBRID – 2.5% Dari RM92,187 ke RM89,900
9-PROTON SAGA – 1.1% Dari RM41,811 ke RM41,362
10-PROTON EXORA – 0.7% Dari RM67,212 ke RM66,762

Berita penuh : Baca SINI

p/s : Masih hanya mampu melihat...duit study pun cukup2 makan je..meh tolong tambah income Brader. Daftar JomNiaga dekat SINI jom..Btw, kalau-kalau PRU13 haritu PR menang..lagi banyak turun kan?

Thursday, 6 June 2013

Sila Jailbreak Motor Anda...

motor kena clamp, motor kena rantai, motorsikal kena kunci, motorsikal kena saman, universiti malaya,
Motor yang perlu di JailBreak..


Yess!! Memang terbaik ah hari ni..Haha..melayang duit Brader hari ini..ada pesta calamping plak kat UM ni..Motor Brader pon masuk list nak kena Jail Break petang nanti..Akan tetapi baru harini dapat diketahui bahawasanya..
Kami sentiasa bersama..walau ribut datang melanda,ikatan ukhuwah kami sentiasa utuh..kunci ikatan kita dengan mangga yg kukuh..sahabat selamanya..
p/s : Salam Israk Mikraj.

Wednesday, 5 June 2013

Jiwa Seorang Ultras..

Artikel dalam bahagian ini diambil dari laman sesawang sumber kegilaan ini semua, Ultras Malaya kerana merekalah yang selayaknya untuk berbicara soal jiwa seorang ultra.


ultras malaya, jiwa seorang ultras, maksud chant, maksud tifo, maksud curva, maksud capo, maksud flares
Ultras Malaya Official Badge

Isi Kandungan Utama
1. Apakah itu Ultras
2. Curva
3. Corteo
4. Tifo
5. Capo
6. Flares dan bom asap
7. Bagaimana mengenal ultras
8. 4 teras ultras
9. Perbezaan ultras dan hooligans.
10. Kesimpulan

1.Apakah itu ULTRAS
ULTRAS mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.

Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.

Menurut Freddie Marciano dalam artikel yang ditulis di laman sesawang (www.ultrasmalaya.net), penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ultras. Dalam tulisannya, perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain.

2. Curva
Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit. Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.

3. Corteo
Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

4. Tifo
Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.

5. Capo
Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

6. Flares dan bom asap
Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal. 

7. Bagaimana mengenal ultras
Freddie Marciano dalam artikelnya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya. 

8. 4 teras dalam Ultras
1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & away), tidak mengira kos dan jarak.
4) kesetiaan kepada lokasi ultras. (curva)

9. Perbezaan ultras dan hooligans.
Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlansung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out” 

10. Kesimpulan
Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan mengikuti langkah murni Ultrasel (Selangor), Ultras Kedah dan SilverStateUltras (SSU Perak). Persembahan cemerlang Ultras Malaya pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 mendorong kemunculan Ultras No9ori (Negeri Sembilan), Ultras Kelantan-The Red Mania (Kelantan), Ultras Tranung (Terengganu),Southern Troop Ultras (Johor), Ultras Taming Sari (Melaka),Elephant Army (Pahang) untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.



ultras malaya, jiwa seorang ultras, maksud chant, maksud tifo, maksud curva, maksud capo, maksud flares, logo ultras malaya, logo ultras di malaysia, ultras tranung, ultras nogori, ultras selangor, ultras taming sari, ultras the red mania, southern troops ultras, elephant army.
Logo-logo Ultras di Malaysia

sumber : Ultras Malaya.

p/s : Saje menghangatkan suasana Final Piala FA 2013. Brader sokong JDT..Luaskan kuasamu..Jom dapatkan Jersi JDT di SINI..

Tuesday, 4 June 2013

Apabila Lelaki Turunkan Resepi..sedap ke?

AWAS!! ENTRY INI BOLEH BUAT ANDA TERLIUR!!


Salam dan selamat sejahtera..Makan dah? Belom? Pi ah masak. Meh Brader ajar satu resepi peberet. Lauk orang nismilan yang pasti tiap kali Brader ada kelapangan pasti akan  memasaknya. Jom kita ke dapur..

Sila percaya LELAKI lagi best masak dari orang PEREMPUAN..


resepi daging, resepi daging masak lemak, daging salai masak lemak, resepi daging salai, masak lemak daging salai,Lauk orang nismilan

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili api kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup


*nak kira inci tu cari pembaris..banyak dijual di kedai Pak Mat

Cara :
1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.

5. Sementara tunggu lauk siap, amik beras, basuh dan tanak nasi. Kalau malas pi turun kedai bungkus nasi putih.

Dah siap >> Hidang jela >> Basuh Tangan >> Baca Doa Makan >> Makan Buah >> Makan ah tapi jangan sampai kenyang.

p/s : Percaya tak Brader ada skill memasak? Tolong PERCAYA!! 

Monday, 3 June 2013

Yes! Harga rokok naik.

BAT umum kenaikan harga rokok 3 peratus, harga dunhill baru, harga pall mall baru, harga lucky srike baru, harga benson & hedges baru.

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.

Sumber : Astro Awani

p/s : Adakah bilangan perokok akan berkurangan @ bertambah kesan pertambahan penjualan rokok haram yang jauh lebih murah. Apapun ini pesan Brader. Tak payah lah hisap rokok sebab :

MEROKOK ITU HUKUMNYA HARAM

Jangan salah labur!


AWAS! ENTRY INI BOLEH BUAT ANDA NAK MUNTAH!

mangkuk tandas, tandas pelik, bahan buangan, pelaburan, buang hajat,
Sekadar gambar hiasan...
Salam dan selamat sejahtera semuanya. Nampak gambar di atas. Bagus. Kompom tiap-tiap hari kita akan jumpa mamat ni untuk buat pelaburan bukan. Akan tetapi selain pelaburan yang sebenar, pernah atau tidak anda cuba menggangu pasaran aka ekologi dunia pembentungan dengan gangguan-gangguan yang lain seperti tisu, k*nd*m, lampin pakai buang dan sebagainya. Jika ya, makanya kita merupakan salah seorang yang menyumbang kepada sejumlah 60,000 tan bahan buangan dalam sistem kumbahan. Menurut statistik IndahWater jumlah ini bersamaan 25 kolam renang saiz olompik.

25 kolam renag saiz olimpik penuh dengan bahan buangan yang tidak sepatutnya ada. Ada sapa berani berenang dalam tu. Amacam, sanggup tak Mr Titan?

Suatu perkara lain yang menarik, tertarik untuk Brader kongsikan juga, bukan setakat plastik gula-gula getah je dibuang ke dalam sistem pembentungan, JANIN juga turut dibuang.YA, Janin yang sepatutnya mendapat peluang untuk hidup di atas muka bumi juga menjadi sebahagian BAHAN BUANGAN. Kebanyakan yang dijumpai sudahpun hancur dan tiada rupa. Ada yang dijumpai siap dengan uri dan tali pusat. Boleh dikatakan purata sebanyak 5 janin akan dijumpai setiap tahun. 


Ish 3x..apa nak jadi ah dengan manusia harini. Boleh mereka samakan janin-janin ni dengan BAHAN BUANGAN yang selalu keluar dari perut kita hampir setiap hari tu.

Oleh yang demikian, marilah kita amalkan sikap pembersih sebersih-bersihnya dalam diri kita. Asingkan bahan buangan yang kita hasilkan. Yamg keluar dari badan kita, sila bagi MAMAT kat atas ni makan, yang bukan dari badan kita, sila-silalah masukkan ke dalam tong sampah. Tak susah pun. 

nota kaki : pelaburan = buang hajat/ buang t**i 

p/s : Ini adalah rumusan ringkas Brader dari tajuk akhbar INI. Btw, jangan lupa bayar bil IndahWater. Jangan tahu buat pelaburan je.

Wednesday, 29 May 2013

Wordless Wednesday : Manusia Punya Masalah, Kucing Dapat Nama

Gara-gara BELIAU match tangguh..

Peranan media massa melarikan keadaan yang sebenar..
Ditunjukkan gambar kucing pula di padang pula..
Hehe..Inilah yang dikatakan oleh peribahasa :.

Manusia Punya Masalah, Kucing Dapat Nama

p/s : Moga Johor dapat ke final. Luaskan kuasamu. Hihi..

Thursday, 9 May 2013

Wordstar Dalam Sejarah Teknologi Maklumat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanaya..
Hari ini Brader nak berkongsi sebuah sejarah..
Pernah dengar tak nama software WORDSTAR..
Cer angkat tangan..
Apa bendanya WORDSTAR ni?
Ia adalah datuk kepada software Microsoft Office yang ada sekarang..
WordStar adalah aplikasi pemproses perkataan yang mempunyai penguasaan pasaran pada awal hingga pertengahan 1980-an.


Pernah nampak tak software ni kat mana-mana kedai komputer..
Bagi golongan 80-an mungkin pernah pakai..


Ni paparan muka WORDSTAR..
Pernah nampak?
Unik kan..

Kini, WordStar tidak lagi maju, dikekalkan atau dijual oleh pemiliknya. Ia kini harta Riverdeep, Inc.


untuk maklumat-maklumat lanjut.

Pesanan penaja.