AWAS!! ENTRY INI BOLEH BUAT ANDA TERLIUR!!
Salam dan selamat sejahtera..Makan dah? Belom? Pi ah masak. Meh Brader ajar satu resepi peberet. Lauk orang nismilan yang pasti tiap kali Brader ada kelapangan pasti akan memasaknya. Jom kita ke dapur..
Sila percaya LELAKI lagi best masak dari orang PEREMPUAN..
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili api kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
*nak kira inci tu cari pembaris..banyak dijual di kedai Pak Mat
Cara :
1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
5. Sementara tunggu lauk siap, amik beras, basuh dan tanak nasi. Kalau malas pi turun kedai bungkus nasi putih.
Dah siap >> Hidang jela >> Basuh Tangan >> Baca Doa Makan >> Makan Buah >> Makan ah tapi jangan sampai kenyang.
p/s : Percaya tak Brader ada skill memasak? Tolong PERCAYA!!
Haha... Daging salai + belimbing buloh memang taarrrrrrbaekkk :D
ReplyDeleteKecur kan..haha..
Delete