Wednesday, 12 June 2013

10 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia.

Salam dan selamat sejahtera. Okay. Saje nak bagitahu. Hujung bulan ni Brader dah start cuti sem..haha..so Brader nak pi melancong. So this is my idea. Ada sape-sape nak support. Dengan begitu banyak nya sekali tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi di dunia ini, Brader senaraikan 10 keajaiban alam semulajadi di dunia yang patut kita lawat. Kumpul duit banyak-banyak dan jom melancong.



10) Gurun Sahara



Sahara, gurun besar, gurun terbesar dunia, gurun sahara, gurun di afrika.



Gurun Sahara merupakan kawasan gurun panas yang terbesar di dunia! Saiznya sahaja sudah sebesar negara Amerika. Besar kan? 




9) Teluk Ha Long


Ha Long Bay, telok ha long, telok vietnam, telok tercantik dunia.



Teluk Ha Long atau lebih popular dengan Ha Long Bay ini terletak di Vietnam, dengan kawasan yang seluas hampir 120 km persegi. Terdiri daripada pulau-pulau dan tanaman yang rimbun, kawasan ini memang cukup cantik dan mistik keindahan nya.



8) Gunung Everest


Everest, gunung everest, banjaran himalaya, nepal



Gunung  Everest pasti tidak perlu diperkenalkan kepada semua orang. Dengan ketinggian puncak nya 8848 meter, Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Ia nya terletak di antara sempadan Nepal dan Tibet.



7) Antartika


Antartika, penguin, kutub selatan,



Antartika juga merupakan sebuah tempat yang sangat unik dan menarik. Dengan kawasan nya yang diliputi ais sehingga 98%, Antartika merupakan sebuah benua yang sangat sejuk dan paling berangin di bumi. Antartika juga lebih sejuk daripada Artik.



6) Terumbu Karang Great Barrier


Great Barrier, terumbu karang, terumbu terbesar, terumbu australia.



Terumbu karang terbesar di dunia ini terletak di perairan Australia. Kawasan nya menjangkau sehingga 3000km dan boleh punya lah besar sampai boleh dilihat dari angkasa.



5) Grand Canyon


Grand Canyon, amerika, gaung terbesar, gaung tercantik.



Gaung besar ini terletak di Utara Arizona, Amerika. Sekalipun ianya bukan merupakan gaung terdalam atau yang paling panjang dalam dunia, gaung ini mendapat reputasi disebabkan keindahan nya. 



4) Air Terjun Iguazu


Iguazu, air terjun tercantik, sungai iguazu the devil throat, tekak syaitan.



Air terjun Iguazu terletak di sempadan antara Brazil dan Argentina. Menariknya, terdapat hampir 275 air terjun di sepanjang Sungai Iguazu, dengan air terjun yang paling popular adalah  the Devil’s Throat yang berbentuk U.



3) Amazon


Amazon, sungai amazon, lembah amazon, brazil,



Amazon juga merupakan keajaiban semula jadi dunia yang patut dilawati. Ia nya merupakan sungai yang terbesar di dunia, dengan hampir 1/5 air di bumi ini mengalir di sini! Spesies ikan yang hidup di sini juga adalah sehingga 3,000 jenis ekor dengan spesies baru masih lagi ditemui. 



2) Kepulauan Galapagos


Galapagos, biawak besar, darwin, teori darwin



Kepulauan Galapagos juga merupakan tempat yang menarik. Ia nya adalah kepulauan kecil yang dipunyai oleh Ecuador. Kepelbagaian hidupan di sini sangat hebat, sehingga kan memberi inspirasi kepada Charles Darwin untuk mengemukakan teori bodoh Teori Darwin.



1) Serengeti


Serengeti, afrika, keajaiban afrika, makna serengeti


Mungkin ramai yang belum pernah mendengar mengenai Serengeti. Namun ia nya merupakan satu tempat yang sangat kaya dengan ekosistem yang pelbagai. Terletak di antara Tanzania dan Kenya, Serengeti terkenal dengan penghijrahan besar-besaran binatang di dunia apabila tiba musimnya.

Menarik bukan semuanya. Akan tetapi jangan kita menikmati semua keindahan alam ini semata-mata tanpa mengamalkan tips-tips ini dan mengambil sedikit iktibar dari perjalanan kita itu. Allah s.w.t berfirman :
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". Surah Al-Hajj (22) ayat 46.

p/s : Teluk Ha Long je ah setakat ni yang nampak boleh jadi realiti..Doakan lah..haha..

No comments:

Post a Comment