Tuesday, 8 January 2013

Tips Percutian Yang Hebat

Salam n selamat malam semua..
Selawat jap sebelum kita teruskan bicara dan skrolan..
اللهم صل علي محمد وعلي آل محمد وصحبه وسلم

Alhamdulillah..
Sudah 2 minggu penulis mengharungi minggu exam..
Ini bermakna tinggal seminggu sahaja lagi..
sebelum kota metropolitan Kuala Lumpur ditinggalkan..
demi merasai kembali desiran angin desa dicintai..

Insyaallah..
Pada tika ini..
Penulis tergerak untuk menulis akan perihal..
TIPS PERCUTIAN HEBAT..
semoga ianya bermanfaat untuk kalian..

(indahnya bermusafir..)

Sebelum meneruskan kepada isi utama kita renungi dahulu firman Allah ini: 

Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, 
supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan 
atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? 
Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, 
tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
(Surah al-Hajj, ayat 46)



Melalui ayat ini, Allah telah menggalakkan kepada kita agar keluar melancong kerana ini boleh membangkitkan hati2 kita untuk memikirkan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Selain   itu, kita dapat menikmati betapa indah dan cantiknya bumi yang kita duduki sementara ini.  

Lantaran itu, mohlah kita pergi melancong.

(destinasi idaman penulis..moga sampai juga nnt..amin)

setakat ni yang penulis  mampu buat..
buat percutian bajet je..
almaklum masih study lagi..




Dalam kita bersiap2 untuk melancong, jangan dilupakan TIPS2 HEBAT ini. Degannya Insyaallah percutian kita itu dirahmati dan diberkati..

1. Niat Kerana Allah S.W.T.
bercuti bukan bermakna membazirkan wang untuk bersuka ria. Niatlah semoga dengan bersama - sama keluarga, Allah s.w.t. mempertautkan hati. Berdoalah dalam perjalanan semoga Allah suburkan rasa kasih sayang antara ibu, ayah dan anak - anak.


2. Tentukan destinasi
elakkan dari tempat-tempat maksiat kerana ia boleh merosakkan jiwa, terutama kanak-kanak. Pergi berhibur itu tidak salah..tetapi harus diingat, ada batasan yang perlu dijaga

3. Pilih lokasi percutian ikut kemampuan
jauhkan diri dari pembaziran. pilih tempat percutian mengikut bajet dan ekonomi masingp-masing. Jangan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya kawan-kawan yang lebih mampu dari kita

4. Solat jangan diabaikan
yang membezakan seorang Muslim dengan manusia yang lain adalah solatnya. Solat jamak dan qasar juga boleh dilakukakan mengikut keadaan dan syarat yang telah ditetapkan.

5. Jaga makan minum, pastikan ia bersih dan halal
makan minum perlu diberi keutamaan, kerana ia akan menjadi darah daging kita. seterusnya memberi kesan kepada doa dan ibadah kita sehari-hari. Bila ingin bercuti ke luar negara misalnya, lakukanlah persediaan awal dengan membuat sedikit penyelidikan berkenaan restoren dan tempat makanan halal yang ingin kita tuju. 

6. Masa berkualiti 
carilah peluang berinteraksi dengan semua ahli keluarga. Lebihkan komunikasi dengan anak - anak terutamanya anak remaja kerana mereka selalu berhadapan dengan konflik nilai di luar rumah. Berilah panduan, bagaimana menghadapi diri jika tidak sabar, mudah panas baran, stress dengan belajar dan sebagainya. Inilah peluang mendengar luahan atau isi hati mereka, kemudian berusaha mencari kata. 



7. Amalkan doa musafir dan ikuti panduan Rasulullah
Rasulullah jika bermusafir di tempat tinggi dan berbukit akan menyebut ' Allahuakbar'. Perjalanan menuruni bukit pula beliau akan menyebut ' Subhanallah'. Baginda juga akan membawa dia apabila tiba di satu-satu tempat. Bila balik dari musafir, bainda tidak akan balik pada waktu malam secara mengejut. baginda akan pergi ke masjid, bersolat dan duduk sebentar menunggu hari siang baru pulang ke rumah. 

8. Dalam kenderaan, pasanglah CD yang berfaedah
sebagai manusai kita tidak menjangka takdir yang bakal menimpa. Bahaya datang tanpa dipinta, ajal hadir tnpa mengikut waktu, sebagai umat Islam kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

9. Bawa balik buah tangan
kepada jiran terdekat dan saudara mara. pemberian, walaupun sedikit dan murah adalah tanda penghargaan dan ingatan kepada orang yang baik dengan kita.


Begitulah sedikit sebanyak TIPS2 HEBAT yang penulis dapat kongsikan.
Semoga ianya bermanfaat dan dapat dikonsikan kepada yang lain2..
Wallahualam..

Jangan lupa buat ni>>Ruginya Xda Aplikasi Hebat Ni Untuk Komputer Anda..

2 comments:

  1. syukran atas perkongsian tips bermusafir.. tgk pic jambatan penang tu.. terus nk balik umh hee tapi exams tak abis lg~~huhu.. seyes terus niat nak jalan2 dgn ade ksmpatan lps balik exams ni :)

    ReplyDelete
  2. afwan..penang is the best spot untuk melancong..nasi kandar, bukit bendera, jeruk madu pak ali..macam2 ad..

    ReplyDelete