Ini Ke Kedai buah Pak Mat?? |
"Mari-mari abang-abang, kakak-kakak, mari dekat, yang mana jauh mari sini dengar, yang dekat mari rapat-rapat. Terima kasih singgah sebentar ke gerai saya yang tak besar mana ni. Saya sebenarnya taknak citer pasal buah apa yang saya jual akan tetapi saya nak cerita akan khasiat jus-jus yang tuan puan boleh hasilkan dari buah-buahan yang ada di kedai saya ini.Lagi asli dari Monavie."kata Pak Mat memanggil-manggil orang ramai untuk singgah ke kedai buahnya.
Makanya, aku pun menjadi antara belasan orang yang singgah ke kedai Pak Mat mendengar celotehnya sehingga habis. Berikut aku kongsikan kombinasi buah-buahan yang boleh menghasilkan jus yang cukup berkhasiat menurut Pak Mat.
Jus-jus buah berguna
Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.
Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
Tomato + Carrot + Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.
Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.
Pear + Pisang - mengawal kandungan gula.
Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.
Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit.
Setelah habis Pak Mat memberi komentar, berderu orang yang mendengar tadi membeli buah-buahan Pak Mat. Mungkin ayat beliau "Lagi asli dari Monavie" yang memikat orang untuk membeli buah-buahannya. Haha. Senyum lebar Pak Mat dapat aku lihat. Alhamdulillah, murah rezeki Pak Mat hari ini. Usai membayar untuk beberapa jenis buah yang diambil, Pak Mat sempat berpesan kepadaku, "Amalkan gaya hidup sihat. Bak kat mat saleh,"
You Are What You Eat
Syukran, Pak Mat. Senyum aku.
Sekian, selamat membaca dan beramal.
p/s : Kisah diatas adalah cerita seorang sahabat Brader suatu ketika dahulu. Pandai Pak Mat tarik pelanggan.
Sekian, selamat membaca dan beramal.
p/s : Kisah diatas adalah cerita seorang sahabat Brader suatu ketika dahulu. Pandai Pak Mat tarik pelanggan.
No comments:
Post a Comment