Friday, 24 May 2013

Cerita Yahudi Buta Si Pengemis

Salam Jumaat barakah semuanya. Pernah atau tidak suatu ketika di kedai makan ketika anda sedang enak menjamu selera tiba-tiba datang seorang pakcik @ makcik buta yang anda tidak kenal langsung menjual tisu kepada anda. Pasti pernah bukan? 

Dan pasti ada di antara kita yang menghulurkan wang kertas pelbagai nilai atas tukaran dengan sebungkus tisu yang hanya beberapa sen sahaja itu.Dan anda keluarkan wang itu atas dasar kasihan bukan. Dan atas dasar ikhlas kerana Allah bukan? Jika YA tahniah kerana anda telah meneladani sifat Rasulullah s.a.w. Saya tabik SPRING sama anda kerana peristiwa yang hampir sama juga telah berlaku kepada junjungan Baginda pada hayatnya. Cuma keadaannya berbeza dimana makcik tisu itu datang tanpa memfitnah kita tidak seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jom kita renung kembali kisah tersebut.

pengemis buta, yahudi buta, nabi dihina pengemis buta, yahudi buta peluk islam. syahadah yahudi buta,
Gambar adalah ilustrasi semata-mata..


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 


Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, 
dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya 
maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,



Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.


Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan 
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta 
yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?Abu bakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).


Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? 



Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah 
memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi,
 dia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

p/s: Indah bukan keperibadian pemberi Syafaat kita di akhirat kelak. Marilah sama-sama kita berselawat kepada Baginda dan meneladani sedikit sebanyak sifat-sifat mahmudah Baginda. Semoga Allah memandang segala perbuatan baik kita. Amin. Nanti jangan lupa korek tabung  @ colek duit dalam dompet untuk disedekahkan ke tabung masjid yang berdekatan. Nanti murah REZEKI. Bak kata tuan Denaihati ni:


Hidupkan untuk memberi

Sekian, selamat membaca dan beramal.

No comments:

Post a Comment