Salam dan selamat sejahtera sahabat2 Brader sekalian..
Jom senyum semua..Senyum,tak perlu kata apa-apa..
Senyum itukan sedekah..sedekah itukan pahala..hehe..
Inilah Teknik Ganda Kekayaan Hidup yg Brader nak kongsi hari ni..
Memang tak kan miskin ah sape2 yg amalkan teknik ni..
sebabnya sepertimana yang pernah Rasulullah sabdakan..
gambar dari google images..
Dan hadis ini memang ada benarnya wujud dalam sejarah Islam..
Peristiwa ini berlaku kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhah..
Jom kita layan cerita Sedekah Saidina Ali ini..
Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain."
Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.
Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah.
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang."
"Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu.
"Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat.
"Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu.
"Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.
Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?"
"Ya," jawab Saidina Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu.
"300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Saidina Ali.
Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Saidina Ali.
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?"
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Subhanallah, nampak bukan Saidina Ali berjaya menggunakan Teknik Ganda Kekayaan Hidup ini dengan berkesan. Ini bermakna, kita semua pun boleh lakukannya. Akan tetapi ada pantang larang yang kena kita patuhi kalau nak teknik ni berkesan. Jangan takut, senang je pantang larang dia. Dengar baik-baik ya..
- Ikhlas 100%.
- Harta yang halal.
- Tidak mengharapkan redha manusia.
- Tidak mengungkit2 sedekah.
- Last sekali, jangan lupa buat perkara2 wajib.
Gampang deh. Itu, kamu pasti punya senyuman..gunakanlah seikhlas mungkin..hehe..saje je omong Indon jap..nak kasi sahabat2 tersenyum sikit..x senyum gak..Hmm..cuba try tips ni..
Semoga bermanfaat segala perkongsian Brader hari ni..
Kita jumpa lagi nanti..
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment