Seorang penarik beca bernama Pak Kasan mempunyai sebuah kisah menarik untuk dikongsi. Pak kasan mempunyai amalan bersedakah yang unik. Dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari Jumaat. Begitulah rutin mingguan Pak Kasan pada setiap hari Jumaat.
Maka, berlakulah pada suatu hari, seorang wanita kaya menaiki beca beliau dan kebetulan hari itu Jumaat menjelang. Apabila sudah sampai ke tempat yang dituju, wanita itu bertanya berapakah tambang yang perlu dibayar. Denagan bersahaja, Pak Kasan mengatakan pada hari itu tambangnya adalah percuma. Kemudian, berlaku tarik menarik tambang dan akhirnya wanita itu akhirnya mengalah. Wanita itu berlalu pergi dengan tersenyum namun hatinya belum puas. Dia ingin menguji Pak Kasan sekali lagi pada ketika yang lain.
Dan Jumaat yang baru pun tiba. Sekali lagi Pak Kasan membawa wanita itu, akan tetapi destinasi yang dituju adalah rumah Pak Kasan sendiri. Kata wanita itu, beliau mahu berkenalan dengan ahli keluarga Pak Kasan. Setibanya di sana, sungguh terkejut wanita itu apabila mendapati Pak Kasan tinggal di teratak yang biasa sahaja. Namun yang lebih memeranjatkannya melihat kehidupan bahagia Pak Kasan bersama seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak beliau yang amat murah dengan senyuman.
Alangkah hebat pekertimu Pak Kasan. Walaupan dari segi penampilanmu yang biasa-biasa sahaja, namun engkau masih punya kelapangan dan usaha untuk bersedekah jika hendak dibandingkan denganku. Begitulah bicara wanita kaya itu di dalam hatinya. Beliau kemudian memuji Pak Kasan dengan berkata:
Jom baca Al-Kahfi.
sekadar gambar hiasan..

sedekah itu bermacam-macam..
Alangkah hebat pekertimu Pak Kasan. Walaupan dari segi penampilanmu yang biasa-biasa sahaja, namun engkau masih punya kelapangan dan usaha untuk bersedekah jika hendak dibandingkan denganku. Begitulah bicara wanita kaya itu di dalam hatinya. Beliau kemudian memuji Pak Kasan dengan berkata:
"Saya berasa malu dengan Pak Kasan. Selama ini saya tidak pernah bertemu dengan
orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Hidup kamu cukup sederhana namun kamu
masih mampu untuk tidak meinggalkan bersedekah. Maka dengan ini, izinkanlah saya
mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya."
Alhamdulillah, begitulah rezeki kurniaan Allah kepada hambaNya. Jika sesuatu perbuatan itu dilakukan ikhlas keranaNya, pasti ada ganjaran hebat yang bakal menanti.
Berinfaklah wahai anak Adam, nescya Aku akan memberi infak kepadamu. (Hadis Qudsi riwayat Bukhari)Selamat membaca dan salam Jummat barakah.
Jom baca Al-Kahfi.
No comments:
Post a Comment