Saturday, 18 May 2013

Jenaka Sama Situasi Berbeza..

Salam dan selamat hujung minggu semuanya. Oh penat sungguh hari ni. Ke sana ke sini, ke kiri ke kanan, ke utara ke selatan, ke timur ke barat menghadiri beberapa majlis sambutan walimatul urus kawan.(Cerita lebat je ni, padahal satu rumah sahaja..) Alkisahnya, tengah-tengah Brader lepak dengan tuan rumah datang ah guru beliau. Maka berlakulah dialog yang akan ditulis sebentar lagi. Tiba-tiba je lalu sebuah cerita yang pernah Brader dengar dan lihat dan rasa yang sama dialognya akan tetapi berbeza situasinya.Ceritanya camni..

dialog di majlis perkahwinan.

Tok Mat : Wah AJ, ramai orang datang majlis akak ko kali ni..Dengan orang mane tu?
AJ : Alhamdulillah tok, Rezeki dia dengan orang Sarawak.
Tok Mat : Moga berkekalan hendaknya.
AJ : Amin.
Tok Mat : Akak kau sudah dah, kau bila lagi?
AJ : Ada rezeki jumpalah khemahnya nanti.


dialog di majlis kematian.

AJ : Ramainya orang tok, tentu arwah ni baik orangnya.
Tok Mat : Alhamdulillah, arwah memang baik sifatnya.
AJ : Moga berkekalan hendaknya pahalanya.
Tok Mat : Amin.
AJ : Arwah sudah dah, Tok Mat bila lagi?
Tok Mat : Ada rezeki jumpalah kubur aku nanti.

(Dalam hari Tok Mat : kurang asam punya budak..ko kenakan aku balik plak.)

Nampak bukan, dialognya sama, namun situasinya berbeza. Patut ke atau tak kita balas sedemikian. PASTI tidak patut bukan. So janganlah diamalkan dialog ini. 

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Oleh yang demikian, janganlah berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa. Sebagai akhirnya, mari kita amalkan apa yang dikatakan oleh orang nismilan lah kan:

Nan Tuo Disayangi, Nan Mudo Dikasihi.

Sekian, selamat membaca dan beramal.

No comments:

Post a Comment