Monday 20 May 2013

Bro Calvin Thoo memeluk Islam. Alhamdulillah.

Calvin Thoo peluk islam, calvin thoo, pereka fesyen peluk islam, kisah calvin thoo
Bro Calvin Thoo kini seorang muslim..
Anda pasti kenal sosok muka ini bukan. Ya, beliaulah saudara Calvin Thoo, seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia. Alhamdulillah, Brader dapat khabar berita beliau telah menjadi seorang saudara baru. Semoga beliau sentiasa mendapat rahmat Allah. Berikut Brader tampilkan berita yang Brader ambil dari Abg Amin Idris.

Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb. 
Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.

Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.

Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.
Menurut sumber INI, antara bibit-bibit awal yang telah menyedarkan Bro Calvin Thoo untuk mengenali Islam ialah akan mimpi beliau di suatu malam bahawa dia sedang mengucapkan syahadah. 

p/s : Alhamdulillah, bertambah ramailah umat Islam di atas muka bumi ini. Lihatlah, sesungguhnya Islam itu bukan Arab, Islam itu bukan Melayu dan Islam itu bukan Cina mahupun India semata-mata. Akan tetapi


Islam Untuk Semua

Maka benarlah  Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,


"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir..."(Al-Khafi 18: 29)


Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,

"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."
(Al-Ghasyiyah 88: 21-22)

Sekian, selamat membaca. Daoakan yang baik-baik untuk saudara baru kita ini. Senyum.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..moga dy istiqamah

    ReplyDelete
  2. syukur Tuhan berikan dia pintu yg sedia terbuka luas..mmg dia atra org2 yg berutung..moga akan ramai lagi bgtu..

    ReplyDelete