Wednesday, 2 January 2013

Kahwin Jangan Sampai Menangisnya Ibu dan Bapa.


Salam n selamat malam sahabatku sekalian..
Lame juga dibiar blog ni tidak berupdate..
So insyallah..entry kali ini..
Cube menyentuh budaya masyarakat kita hari ini..
KAHWIN secara ADAT @ SYARIAT..
Ya..memang penulis belum punya orang rumah..
Tapi x salah rasenya mengambil langkah2 pencegahan..
Bak kata mat saleh..

Preventation is better than cure right??



Memang dalam Islam, dianjurkan kepada penganutnya untuk memenuhi fitrah mereka supaya mencari pasangan masing2..
Tapi bukan sebagai kapel, crush or len2 kalimah merapu..
Tapi melalui jalan yang sah iaitu melalui pembinaan masjid..
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran:

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu 
dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu 
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan 
(dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, 
(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, 
lagi Maha mendalam pengetahuannya 
(akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujuraat : 13)



1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu 
Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam),
 dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
 dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - 
lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah 
Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya,
 serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; 
kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(Surah an-Nisa' : 1)

Jika dilihat pada bulan Disember yang lalu..ramai umat Adam dan Hawa bersatu membina masjid, suatu usaha murni dalam memenuhi saranan Rasulullah..

Namun, apa yang menyedihkan cara perlaksanaannya. Sebagai analogi...

Masjid yang dibina cantik dalam dan luar dan sentiasa dijaga rapi tentu akan memberi suasana yang harmoni kepada pengunjungnya berbanding masjid yang hanya dibina secara sambil lewa tanpa penjagaan ang rapi..

Begitu jua perkahwinan. Setakat melepasi syarat tanpa memenuhi adab2nya..hmm..ad ke untungnya dan berkatnya..

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa larangan semasa mengadakan majlis walimatul urus iaitu :
PERTAMA 
Tidak melakukan persandingan duduk di atas pelamin, dengan di iringi upucara tepung tawar dan sebagainya. Bersamaan dengan adat agama hindu.

KEDUA 
Tidak bercampur-aduk diantara lelaki dan perempuan.

KETIGA 
Tidak Bermegah-megah, Bangga Diri Dan Sebagainya.

KEEMPAT 
Tidak Ada Sebarang Pembaziran (wang ringgit, makanan, masa dan lain-lain)

KELIMA 

Tidak Ada Ucapan-Ucapan atau Kata-Kata Yang Kurang Wajar atau Kurang Sopan Dari Yang Menyaksikan.

KEENAM 
Tidak Melakukan Adegan-Adegan Suami Isteri. 


KETUJUH 
Tidak Tabarruj (Solekan-solekan) dan Tidak Menutup Aurat.

KELAPAN 
Tidak mengabaikan perkara-perkara fardhu seperti Solat 5 waktu dan lain-lain.

KESEMBILAN 
Tidak melakukan perkara khurafat seperti merenjis beras kunyit atau air mawar yang kononnya membawa simbolik kehidupan dan  murah rezki.

KESEPULUH
Tidak bersalam-salaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Perlu diingatkan sepupu dengan sepupu bukan mahram, suami kepada ibu saudara kita atau isteri kepada bapa saudara kita bukan mahram. 

Untuk penerangan lebih lanjut sila singgah sini >> klik sini..
@
kita dengar ceramah Habib Ali al-Jufri ini..




So jom buat check list ni..
Insyaallah majlis itu berkat..
Amin..

Dalam mencari isi2 bagi entry kali ni..
Penulis tertarik untuk share kepada kalian status sahabat saya di FB..
Begini statusnya..

Dipetik daripada >> Muhammad Rusydi

Baik, semua letakkan diri di tempat ibu bapa sekarang. 

Bayangkan, sekarang anak anda itu dan suaminya di dalam majlis perkahwinan. Ini situasinya:-

1. Anak anda itu pakai baju pengantin tak mengikut kehendak syarak. Trend tudung masuk ke dalam baju, dada tertonjol, cutting kasi baikk punya. Utk majlis pula, tudung entah ke mana. Pengantin lelaki pula pakai inai di jari padahal itu khusus utk perempuan sahaja.

2. Selepas itu, ada acara-acara seperti membatalkan air sembahyang yang juga bukan dari syarak misalnya cium pipi, hidung, mulut depan orang ramai dan diambil gambar cium tu.

3. Selepas itu, ada sesi fotografi yang merakamkan gambar anak dan suami di tempat tidur, baring dan sebagainya yang tidak menepati syarak. Pakai dah tak pakai syarak, semua orang menontonnya secara percuma.

4. Gambar dan video yang menonjolkan watak anak anda dan suaminya yang mendedahkan aurat tadi, diupload di fb dan youtube utk tontonan umum. Sebarkan lagi benda tak syarie.

5. Anak anda buat salah di hari perkahwinan, tapi suaminya diam membisu tak tegur pun. Suami tak berguna?

6. Duit yang banyak mungkin telah dibazirkan dengan hantaran yang mahal-mahal dan mahar yang menyusahkan pihak suami.

7. Bersanding dengan pakaian mendedah aurat yang jelas. Bersanding sampai terbabas waktu solat. Bersanding dengan penuh tabarruj.

Patutkah anda menitiskan air mata kegembiraan dengan situasi yang disebut di atas? Patutkah?

Gembira sebab:

1. Anda gagal jadi ibu dan bapa yang baik?

2. Anda berjaya membiarkan anak tayang aurat di khalayak?

3. Anda berjaya menikahkan dengan suami yang tak berani tegur kesalahan isteri?

4. Anda berjaya mendapatkan title dayus utk diri anda sebagai bapa, dan dayus kepada si suami anak.

Sepatutnya anda menangis sedih bila situasinya adalah seperti di atas.

Ya, saya faham anda menangis kerana sebab-sebab tersendiri. Kenangan bersama, terharu, anak paling disayangi, pengalaman kehidupan dan sebagainya. Tapi, takkanlah anda menangis disebabkan alasan personal, tetapi tidak menangis dengan kesalahan-kesalahan yang anak anda lakukan di khalayak ramai ni?
Cer fikir logiknya.

--
Yang mana pernah buat semua di atas, peluang bertaubat sentiasa ada. Bertaubatlah sebab kejahilan yang lepas. Harap generasi akan datang tidak lagi buat salah yang sama. Ni tahun 2013. Tak perlu repeat kesalahan pengantin lain di tahun 2012 dan sebelumnya.


Wallahualam..
Sekian..
Nnt sape2 yang bace artikel ni..
Silalah komen n kalau yang rase ad kad kahwin lebih..
Sila2lah jemput penulis ke teratak..

Top Post..Sila Klik..>> Nasihat Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni

No comments:

Post a Comment