Friday, 17 May 2013

Sentiman Ada Aku Kisah

ko hal ko..
Hidup kita hari ini..

Pernah atau tidak dalam kehidupan seharian kita berjumpa dengan sesorang yang sedang melakukan suatu kesalahan secara terang-terangan. Kemudian kita menghampirinya dan dengan cara terbaik kita menegurnya. Namun, dia membalas kembali "Ada Aku Kisah?""Do I Care?" Tentu diri ini terasa panas hati bukan. Niat kita bukan untuk merosakkannya akan tetapi untuk menegurnya sahaja. Namun dengan cukup berselamba dia membalas sedemikian. Pernah suatu ketika elok sahaja sahabat Brader menegur sepasang pasangan remaja belum berkahwin sedang bercumbu di sebuah kompleks membeli belah lalu dengan selambanya mereka membalasnya 


"Bro, kita kubur nanti lain-lain,azab lain-lain, so apahal lu nak kisah plak."

Tersentak sahabat Brader dengar statement sedemikian. Nak saje dicilikan mulut budak tu. Nak je rasa cakap camni.

"Okay adik, nanti adik dah mati, adik beli kain kapan sendiri, mandi sendiri, kapan sendiri,
 masuk kubur sendiri, talkin sendiri dan segala serbi sendiri-sendiri ah."

Kita seharusnya sedar dan tahu bahawasanya diri kita ini adalah MANUSIA bukan TUHAN. Kita harus sedar kita ini bukan TUHAN yang dapat menjamin syurga bagi kita. Sesungguhnya fitrah sunnatullah MANUSIA itu sering terlupa. Hatta jika dibahsakan semula perkataan MANUSIA itu sendiri, ia berasal dari dua kalimah Arab iaitu Ma'(Air) dan Nasi(Lupa). Memang fitrah MANUSIA itu akan ada suatu ketika beliau terleka dengan godaan dunia. Oleh itu, siapa lagi yang akan kembali mengingatkan kita jika bukan MANUSIA lain yang sedang dalam keadaan sedar. Oleh itu sentiman ADA AKU KISAH ini tidak sepatutnya wujud dalam keadaan yang sedemikian.

Ia sepatutnya wujud dalam keadaan dimana kita sebagai MANUSIA yang sedar bukan MANUSIA yang sedang leka. Kita yang sedar mesti berfikiran AKU KISAH untuk kembali menarik manusia menuju jalan yang lurus. Jika ianya tidak berlaku, maka situasi seperti akan dapat dilihat di merata tempat tanpa mengira golongan. Sungguh telah disebut dalam suatu hadis dalam himpunan hadis 40 karangan Imam Nawawi yang mana bermaksud,

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya kewujudan kita diatas muka bumi ini bukan untuk berseronok semata-mata akan tetapi di dunia inilah medan utama kita menanam benih-benih kebaikan yang akan membuahkan hasil di masa akhirat kelak. Dan kebaikan itu bukan sahaja boleh ditanam melalui aktiviti-aktivit ibadah semata-mata malahan boleh juga ditanam melalui aktiviti-aktivit muamalah(komunikasi manusia) seperti hal yang diatas. Adakah syurga dicipta hanya untuk diri kita seorang semata-mata. Pasti TIDAK jawapannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah bersama-sama apakah kita golongan lupa yang mengucapkan ADA AKU KISAH ataupun golongan sedar yang mengucapkan AKU KISAH. Sebagai akhirnya ingatlah bahawasanya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara…..” (ayat 10, surah Al-Hujurat)

Sekian, salam Jumaat barakah.
Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment