Gambar hiasan.. |
Fahaman Islam Liberal :
Suatu Pembaharuan Dalam Agama
Oleh:
Muhammad Faiz bin Shamsudin
Muhammad Khair bin Alimar Shidi
Abdul Aziz bin Mamat[1]
PENDAHULUAN
Didalam menempuhi era kemodenan ini,satu aliran pemikiran baru telah muncul dalam institusi keislaman iaitu Islam Liberal yang mana dikatakan bahawasanya pemikiran ini memperjuangkan keadilan,kebebasan,kesejagatan dan pentafsiran semula Islam.Ia dikatakan muncul sebagai antitesis kepada fenomena terorisme dan fundamentalisme dengan mempromosikan islam secara rasional dan up-to-date yang disesuaikan dengan arus perubahan zaman bermakna islam itu tidak releven diamalkan sepanjang zaman dan ia hanya tertumpu pada zaman-zaman tertentu.Apakah layak seorang manusia yang kerdil menggubal perlembagaan baru didalam islam sedangkan ia sudah lama termaktub didalam Al-quran?
Sedar atau tidak fahaman ini sedikit demi sedikit menular masuk ke dalam negara Malaysia.Seandainya tiada jalan penyelesaian untuk membanteras masalah ini kami khuatir ia akan memberi impak yang buruk pada fikiran dan amalan rakyat Malaysia khususnya penganut Islam.Kita dapat lihat pelbagai medan boleh ditembusi untuk menyebarkan fahaman liberal seperti melalui buku,majalah,video,movie, ‘Facebook’dan sebagainya.Hakikatnya anak-anak muda mudi akan menjadi mangsa utama dengan hasutan fahaman ini.
Di sini membawa satu gelombang hitam yang dibawa masuk ke dalam negara tercinta kita iaitu negara Malaysia.Islam Liberal merupakan bidaah dalam agama Allah iaitu merekacipta atau mengada-adakan apa yang tiada kaitan dengan sebarang panduan dan sandaran kepada ajaran agama. Justeru kami bersepakat memilih tajuk Islam Liberal sebagai kajian kerja kursus untuk mengetahui secara awal bagaimana perkembangan Islam Liberal dan kesan kepada masyarakat negara Malaysia.Pencerahan dan penjelasan akan kami bentangkan mengenai Islam Liberal dari sudut definisi,sejarah,faktor,kesan dan sebagainya.
Secara tuntasnya,Islam liberal merupakan satu fahaman baru yang menyesatkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak baik kerajaan,universiti,sekolah,guru-guru,ibubapa,masyarakat sekitar agar fahaman ini tidak tersebar luas dan meresap kedalam diri masyarakat di negara Malaysia.
DEFINISI ISLAM LIBERAL
Islam Liberal boleh diertikan sebagai fahaman yang berteraskan perjuangan hak-hak kemanusian seperti kebebasan,nila-nilai kemanusiaan yang pro-pluraslisme dan tolenrasi,nilai-nilai sekular dan menerima kemodenan.Menurut Kamus Dewan ( DBP Kuala Lumpur 1994) perkataan Liberal didefinasikan sebagai bersifat kearah kebebasan dan pemerintahan yang demokratik,berfahaman bebas,dan berfikiran terbuka iaitu tidak tertumpu pada satu aliran pemikiran sahaja.
Dari sudut terminologi,perkataan “Liberal” adalah merupakan istilah Inggeris yang dipinjam dari bahasa Latin, “Liber” ataupun “free” yang bermaksud bebas,liberal,berpandangan terbuka,tidak dibelenggu oleh mana-mana tradisi,adat,aliran pemikiran ataupun agama.Manakala “Liberalisme” pula merujuk kepada pandangan dan prinsip yang liberal terutama dari sudut sosial dan politik.Fahaman yang diaspirasikan oleh gerakan liberalisme Barat yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak individu dalam pelbagai bidang kehidupan.Antara isu utama yang diketengahkan oleh mereka adalah seperti pemisahan antara agama dan negara (sekularisme),demokrasi,hak-hak kaum wanita dan golongan minoriti,kebebasan berfikir dan gagasan tentang kemajuan. Menurut Oxford Dictionary of Philosophy ( 1996.218) pula menyatakan bahawa liberalisme ialah : sesuatu yang ada hubugan dengan politik :A political ideology centred upon thee individual,thought of as possessing right against government including right of equality of respect,freedom of expression and action,and freedom from religious and ideological constraint.
Ensiklopedia Indonesia (1983:jld 4:2005) pula menjelaskan bahawas liberalisme ialah usaha perjuangan menuju kepada kebebasan.Di satu pihak dibezakan antara liberaslime politik dan rohani,di lain pihak liberalisme ekonomi.Liberalisme rohaniah dan politik pula berdasarkan pada keyakinan bahawa semua sumber kemajuan terletak dalam perkembangan peribadi manusia yang bebas.[2] Di sebut juga dalam konsep liberal yang bermaksud kepercayaan mengenai agama islam yang bersifat liberal dan tidak terikat dengan tradisi dan agama,Islam yang bukan bersifat ortodoks atau konservatif dan sesuai dengan perubahan zaman serta Islam yang berorientasikan masa hadapan bukan masa silam.Begitulah anasir barat yang membawa pengaruh yang amat besar dalam pemikiran orang islam.Secara dasarnya mungkn pemikiran yang dibawa oleh mereka boleh diterima akal,tetapi apabila diselidik dan diteliti dengan lebih jelas kita akan dapat lihat kesan yang amat buruk pada diri sendiri,masyarakat,dan negara. [3]
SEJARAH ISLAM LIBERAL
Mutakhir ini dunia dan masyarakat Islam sedang berhadapan permasalahan yang sukar dan cukup merbahaya berikutan lahir dan berkembangnya apa yang diistilahkan sebagai modenisme dan liberalisme.Pada hakikatnya,istilah modenisme dan liberalisme tidaklah dimaksudkan sekadar menggambarkan keterikatan dan hidup di zaman moden,global,dan bersifat liberal,tetapi ia adalah suatu kesimpulan di kalangan penganut pelbagai agama yang berkeyakinan dan beriktikad bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan kebudayaan semasa memerlukan semakan dan penglihatan semula prinsip,pemikiran dan kesimpulan agama yang difahami dan diaplikasikan kepada perspektif baru berasaskan falsafah dan pencapaian semasa.Bagi memenuhi keperluan itu,ia memastikan pentakwilan dan melakukan proses membuat kesimpulan baru ajaran agama kepada asas dan prinsip yang selari dengan tamadun moden,global dan liberal.Berikutan dari itu,lahirlah dikalangan pemikir agama khususnya di kalangan masyarakat Barat yang bergerak ke arah usaha dan langkah menselarikan atau mensejagatkan pemikian agama dengan nilai moden.[4]
Perkembangan ini di dunia Barat telah mempengaruhi banyak agama utama di dunia termasuklah masyarakat Islam.Dunia dan masyarakat Islam semenjak kurun ke 16 hinggalah awal kurun ke-20,berkedudukan sebagai tanah jajahan kepada pelbagai kuasa penjaja Eropah Barat.Dalam tempoh itu,umat Islam disajikan dengan sistem pemerintahan,pentadbiran dan pendidikan sekular Barat. Keadaan ini,bahkan ditambah dengan kelemahan faktor dalaman masyarakat Islam sendiri telah memberi ruang kepada perkembangan dan tersebarnya modenisme dan liberalisme,iaitu usaha pemodenan dan meliberalkan pemikiran agama Islam.Walaupun umat dan negara Islam dalam kurun berikutnya telah mencapai kemerdekaan,namum pimpinan politik yang memperolehi kuasa membentuk kerajaan sendiri dari lepasan pendidikan sekular Barat di negara sendiri,malah ada yang memproklamirkan perlembagaan negara mereka sebagai negara sekular berasaskan sistem sekular seperti negara Turki.
Gagasan-gagasan idea yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal ini telah menyebabkan berlakunya polemik sesama umat islam di seluruh dunia.Kemunculannya juga dikatakan telah mengugat kesucian agama Islam terutama dari aspek akidah dan syariah.Golongan yang kurang pegangan dengan kepercayaan agama Islam menjadi mangsa untuk mengikut cara kehidupan baru yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal. Dari perbincangan para ulama dan ahli akademik mengenai aliran Islam Liberal,ianya didapati amat merbahaya kepada aqidah dan syariat.Umumnya,serangan pemikiran ini terhadap aspek akidah dan syariah secara tidak langsung mengoncang tahap kepercayaan terhadap segelintir umat islam dan takut kelak mereka akan terpesong kelembah liberalisme.
[1] Penulis adalah pelajar-pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan Muamalat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kertas kerja ini ditulis bagi memenuhi syarat pengajian bagi matapelajaran Pengantar Usuluddin.
[2] Mazlan Ibrahim,Latifah Abdul Majid,Fadlan Mohd Othman.2012. Islam Liberal : Isu dan Reaksi. Selangor : Jabatan Agama Islam Selangor.Hlm 35
[3] Jumaili. 2011. Apa itu Islam Liberal ? Diperolehi daripada http://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/, 1 Mei 2013
No comments:
Post a Comment