Friday, 11 January 2013

Perihal Lalat Yang Popular!! Betol Ke Ada??

Salam n selamat malam saudara2ku sekalian..
Moga sentiasa dalam keadaan aman sentiasa..
Insyaallah penulis akan mencoret sedikit tentang kisah seekor haiwan..
LALAT..
ya kita tahu lalat haiwan yg dianggap kotor..
namun tahukah kita haiwan ini pernah menjadi faktor..
MASUKNYA SYURGA seorang hamba Allah..
mari kita telusuri hadis ini..





Dari Tariq ibn Shihab,Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:

 “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat 
dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat."


 Sahabat bertanya:

 “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah."


 Baginda saw bersabda:

 Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. 
Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu 
kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. 
Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. 
Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. 
Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". 
Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. 
Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu 
selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya 
maka masuklah dia kedalam syurga.” 
(HR Imam Ahmad)

Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Keadaan ini dinamakan sebagai menSYIRIKkan Allah. Menarik bukan.

Jika disingkap segala sikap umat manusia arini, kita mampu melihat dan merasai keadaan sepertimana yg wujud dalam hadis ini. Antara yg paling kerap dan berulangkali berlaku ialah amalan berbomoh, dan menurun nombor. 

(antara amalan mensyirikkan Allah..)


Makna Syirik. 

Menurut bahasa adalah kepercayaan berbilang tuhan.

Menurut istilah menyerupakan makhluk dengan Allah pada ketentuan ilahiyyah, samada dari segi boleh memberi mudharat dan manfaat, atau melimpahkan pemberian dan menahannya. Termasuk juga berdoa, takut, berharap, berserah diri, dan menyerahkan cabang-cabang ibadat kepada selain dari Allah SWT.

Dalam pembahagian syirik ulama' membahagikannya kepada syirik akbar (besar) dan syirik asghar (kecil). Demikian menurut pendapat Ibnu Al Qayyim Al Jauziyah dalam kitabnya Madarij Al Salikin. Pembahagian tersebut adalah :

Syirik terdiri daripada 2 perkara : 

i) Syirik akbar (besar) yaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal-hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya.
ii) Syirik ashghar (kecil) yaitu perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur'an dan Hadits sebagai suatu syirik tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar. 

Perbezaan antara kedua-duanya : 

i) Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedangkan syirik ashghar hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.
ii) Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik ashghar tidak sampai demikian.
Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik ashghar
tidak menyebabkan keluar dari Islam.

1. Syirik akbar.
Iaitu melakukan berbagai bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti doa, menyembelih binatang dan lain-lain.

Allah berfirman pada surah Yunus : 106.

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat 
dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; 

sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, 
Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim".

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :


Dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah, 
durhaka kepada ibu bapa dan bersaksi palsu. 
(Hadis riwayat Muslim.)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :


Tidaklah kiamat itu akan datang sehingga kabilah dari umatku berjumpa 
dengan orang-orang musyrik, dan sehinggalah para berhala-berhala disembah. 
( Hadis shahih riwaya Tirmidzi.)

2. Syirik asghar
Iaitu : Perbuatan riya’.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Sesuatu yang paling sangat aku takutkan menimpa kalian 

adalah syirik asghar." BAginda ditanya mengenai syirik asghar itu, 
lalu baginda menjawab : "Ia adalah riya". 
(Hadis riwayatkan Ahmad dan lainnya)


untuk keterangan lebih lanjut sila klik blog brader ni  >> klik sini..

Sebagai penutupnya kita dengar  kata2 ikhlas makhluk ni..

(Jika esok adalah kiamat, aku tetap akan cuba menyesatkan 
cucu2 Adam a.s sehinggalah benar2nya berlaku kimat..)


Wallahualam..
Semoga bermanfaat..
Salam n selamat malam..

1 comment:

  1. thanks for the info :)
    sangat b'manfaat :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    ReplyDelete