Salam n selamat sejahtera sahabat2ku sekalian..
Insyaallah entry penulis pada kali ini berkisarkan tentang..
ANGIN PERUBAHAN..
tajuknya seakan2 berat bukan..
tapi insyaallah ianya akan cube penulis ringankan..
sekadar permulaan kita telusuri akan ayat ini:
Surah Fussilat ayat 34: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
Melalui ayat ini, bolehlah kita fahami bahawasanya:
Bagi penulis, memang sangat benar dan pasti setiap perubahan yg ingin dilakukan memakan pelbagai rencah dan perasa kehidupan..
kata2 cacian,makian,pandangan serong dan macam2 lagi akan ditujukan kepada kita..
Sudah menjadi lumrah dan sunnatullah bahawa sesautu yg diluar kebiasaan manusia akan menjadi suatu isu yg besar..
Oleh yg demikian, tidak boleh tidak, jagan dinafikan suara perubahan dalam diri kalian jika ingin berubah..
Rasullulah rilek saje(chill out kata muda-mudi skang) dalam menyebarkan Islam..
tentangan,cacian dan makian yg Baginda terima dan hadapi lagi teruk dan keras..
kita setakat nak berubah tapi takut dek kata2 murahan rakan2..hmm..small pieces je kot kalau bagi Baginda..
At the end, barulah kita boleh merasi manisnya perubahan yg kita cuba lakukan itu..
(jangan dipandang serong angin perubahan kendiri seseorang..)
Sebenarnya penulis x tahu pun nak tulis pe malam ni..
so belek2 ah MUKA BUKU kot ada2 status2 best bley share..
jumpe plak status sahabat saya Muhammdamah Muaz..best woo bace..
camni status dia..
hoi MAMAT-MAMAT N GIGIRL yang nk jdi baik !!! ( aku sekali la~ kategori mamat)
panjang ni...kne bersabar sikit la yop..
1..2..3..mula...
Aku rasa mesti korang semua pun dah tahu bahawa korg yg nk jdi baik pasti akan dipandang serong oleh sesetengah pihak an. Bagi korg law nak jdi baik ni tak fun laa sebab mesti ada je benda yang x kena yang akan ditegur.yee laa , dulu an kite ni mcm tuttt...so nk buang yg tutttt tu makn masa n slow...tpi at least kite ada kesedaran dn berusaha an...Well, it is a fact yang manusia majoritinya susah menerima teguran ( SUPER SUSAH DITEGUR !!! )
and then korg pun nk mule la start2 post kt " MUKE BUKU " ni an...mula la TUUBIK post benda-benda yang berilmiah di facebook, and of course, post-post ini juga pasti ada kaitan dengan keagamaan, contohnya kahwin awal ( haha , yes kahwin awal ), ikhwah dan akhwat, jangan couple, hadis-hadis nabi, potongan ayat-ayat al-quran dan sebagainya. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab mempunyai KORANG2 yang tidak malu dan segan untuk berkongsi ilmu mereka dengan rakan-rakan yg lain. Namun yang menyedihkan aku ialah, terdapat segelintir pihak yang bagi aku dengki gn korg laaa, tidak puas hati GN KORG LAAAA dan berusaha untuk memburukkan golongan tersebut. Manusia-manusia yg dengki ini akan post kembali post - post ilmiah tersebut, diikuti dengan caption yang mengejek dan memerli apa yang mereka cuba sampaikan. Lebih teruk lagi, post tersebut akan ditokok tambah dengan cacian dan kutukan di bahagian "comment" oleh rakan-rakan manusia yang dengki ini.
Sahabat-sahabat sekalian ~ korang & aku ,
Apa yang aku tak faham ialah, apa motifnya mereka buat benda yang sia-sia ni? Apa yang akan mereka dapat kalau mereka mengherdik dan menghina post-post ilmiah tersebut? Nak kata bukan islam, dari pemerhatian aku rasanya semua yg mengutuk tu beragama islam. Dapat duit ke wei kalau kau kutuk2 ni? Boleh jadi popular ke kalau mempermainkan islam? Kalau popular kat dunia je takde gunalah, nanti bila kau dah mati takde sapa akan tolong kau kalau kau diseksa!! ~ opss...over sikit..
Aku rasa korang semua pun dah sangat-sangat maklum dengan situasi yang aku ceritakan di atas, atau mungkin juga korang pernah merasainya. Banyak lagi benda-benda yang teruk yg tak sanggup aku ceritakan. Kalau sebut sahaja pasal mamat yg nk jdi baik ni pasti korg akan ditertawakan, di ejek dan sebagainya. Kalau kena pulak korg ni tak pandai and result teruk, pasti mereka-mereka ini akan dilabelkan sebagai "bodoh". Situasi yang berlaku pada masa sekarang tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, di mana umat islam sering ditertawa, dicaci, di perli dan dihina aw . historical beb !
kita boleh lihat bahawa orang kafir Quraisy sentiasa bersikap keji terhadap umat islam - lebih-lebih lagi pada yang baru sahaja convert. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan mampu untuk memaksa Nabi Muhammad S.A.W. daripada berhenti melakukan kerja-kerja dakwah, justeru pengamal-pengamal islam yang baru akan sentiasa menjadi target untuk dicaci, dihina, diseksa dan ditertawa. Kesemua ini dilakukan bagi merendahkan martabat orang islam, lantas mengurangkan semangat dan tenaga yang mereka gunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Kepada mereka-mereka yang suka mengejek manusia yang suka membuat kebaikan,
Aku harap korang sedar bahawa perbuatan yang korang lakukan ni tidak ubah seperti orang kafir Quraisy pada masa dahulu. Aku tak kata korang kafir, cuma aku harap korang sedar yang perbuatan korang ni sangatlah terkutuk dan merupakan satu pembaziran semata-mata. Sedarlah wei yang perbuatan korang ni x bermanfaat langsung, buat orang sakit hati and bengang adalah ! salah ke law support ??x kan...ape klau suport ramai2..ap ko ckp dorg munafik ?? dorg cakap x buat....oi!!
ko ni dah mcm ( SUPER TAHU SEMUA PERKARA JER )..EISHHH
Kepada mereka yang dijadikan bahan ketawa dan diejek.
Janganlah risau dan bersedih kerana Allah S.W.T pasti akan bersama hamba-hamba-Nya yang sentiasa bertaqwa. Cacian dan hinaan tidak akang pernah hilang selagi anda masih berada di jalan dakwah. ingat tafsir surah al-lahab gn petikan dri buku t=jalan da'wah ??
panjang gile an..haha..luahan...
Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum.
dipetik dari>> klik sini..
So, moral of the story:
“Jangan sesekali kita membenci orang. Jangan sesekali kita memikirkan yang jahat tentang orang. Fizikal kita akan lemah bila hati dan akal kita lemah dan negatif. Yang negatif akan terus akan jadi negatif jika kita terus negatif tentang mereka. Maka teruskanlah berfikiran positif.”
Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sekali sama dengan menafikan yang negatif.
Ianya sekadar mempositifkan pandangan agar hasilnya positif.
Optimis bukan bermaksud terima semuanya baik secara buta. Sesuatu perkara itu masih buruk atau negatif contohnya salah laku kepada kita eg kecurian, rompakan. Maka kita tidak menafikan ianya negatif. Namun tindakan kita selepas itu ialah mempositifkan kejadian tersebut agar kita tidak sedih atau terlalu negatif hingga melemahkan diri dan pegangan kita.
pandangan di atas adalah milik ummu saif >>klik sini..
Sekian..semoga hasil penulisan kali ini memberi manfaat..
Wallahualam..
Salam.
No comments:
Post a Comment