Friday, 28 December 2012

Ubat Khusyuk dalam Solat (Bhgn.2)

Alhamdulillah..
Biiznillah..
Insyaallah kita menyambung semula..
Artikel yang aku tinggalkan yang lepas..

Ubat Khusyuk Dalam Solat (Bhgn. 1) <<<klik untuk ikut bahagian pertama..

Kita layan gambar ni dulu(bukan lukisan penulis)

(harap2 bley paham ah english ni..)

Hasil pembacaanku, inilah beberapa tips yag boleh aku kongsi bersama bersama2 kalian..

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.



Selain itu,
melalui pencarian di lebai google..
aku tersangkut di blog ni..
blog abang nine.

Beliau menyatakan..
Ad 33 tips untuk khusyuk..
Katanya :


Memelihara dan menjaga perkara yang berikut  supaya beroleh khusyuk di dalam solat :
1.     Bersiap sedia bagi mendirikan solat bermula, menjawab seruan azan, berwudhuk, memakai pakaian, berjalan menuju masjid dan menunai amalan sunat sebelum solat.
2.     Tenangkan diri semasa di dlam solat.
3.     Mengingati mati semasa di dalam solat.
4.     Tadabbur ayat – ayat yang di baca dan doa – doa zikir di dalam solat, dan cuba berinteraksi dengannya.
5.     Membaca ayat-ayat dengan putus – putus dan berhenti-henti pada ayat – ayat tertentu supaya menurut sunnah dan memudah tadabbur dan menghayati maksudnya ayat yang di baca.
6.     Membaca Al-Quran dan memperelokankan bacaannya di dalam solat.
7.     Mengetahui bahawa Allah S.W.T menyahut dan mengiakan orang yang bersolat.
8.     Bersolat dengan menghadapkan dinding atau tabir bagi menyekat jauh pandangan mata.
9.     Meletak tangan kanan di atas tangan kiri betul-betul di atas dada.
10.  Melihat kepada tempat sujud.
11.  Menggerak-gerakkan jari telunjuk kerana ia amat kerasa kepada syaitan daripada besi.
12.  Mempelbagaikan surah, ayat – ayat, doa  -doa dan zikir tertentu di dalam solat supaya dapat memperaktikkan sunnah dan memperbaharui maknanya.
13.  Sujud tilawah apabila membaca ayat-ayat sujud di dalam solat.
14.  Berlindung dengan Allah daripada bisikan syaitan.
15.  Merenung perihal solat para salaful soleh.
16.  Mengetahui keistimewaan khusyu’ di dalam solat.
17.  Bersungguhn-sungguh berdoa pada tempat-tempatnya di dalam solat, khususnya di dalam ruku’.
18.  Membaca zikir – zikir selepas solat yang maktsur.

Baki lagi 15 tips, sila baca di sini>> klik sini..

Semoga bermanfaat perkonsianku di malam ini..
Segala yang baik itu dari Allah..
Dan yang buruk itu datang dari kelemahanku..
Salam dan selamat membaca..
Jangan lupa untuk tinggalkan komen juga..

No comments:

Post a Comment