Friday, 2 November 2012

WASIATMU UNTUK AKU,DIA DAN KAMU

Tiada apa untuk aku nukilkan di kala ini..hanya mengingati mutiara katamu Ya Rasulullah..
Hanya selawat dan salam ke atas mu aku kirimkan..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabada:

"Kami tidak mewariskan kecuali sedekah."

(HR. Bukhari)


Ya..sedekah..amalan terpuji yang sentiasa dizalimi dilazimi Baginda. Sedekah Baginda tidak pernah mengenal waktu ataupun bangsa. Sedekah Baginda punya pelbagai rupa dan cara pemberiannya. Sedekah Baginda bukan kerana mengejar publisti mahupun populariti makhluk. Hanya mengejar publisiti dan populariti di sisi Sang Rabbul Izzati.

Terasa rugi pula Aku hari ini terlepas untuk bersedekah ke dalam tabung surau Jumaat tadi. Mungkin Dia terlupa mengingatkanku.Tidak mengapa. Sedekah itu pelbagai rupa. Aku memujuk hatiku.

Teringat pula Aku kisah yang berkaitan Saidina Abu Bakar seorang sahabat nabi yang paling dipercayai sehingga mendapat gelaran as-siddiq.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah bersabda:


"Siapakah di kalangan kamu yang berpagi-pagi hari ini dalam keadaan berpuasa?""Aku," Jawab Abu Bakar. "Siapakah di kalangan kamu hari ini memberikan makanan kepada orang miskin?""Aku," Jawab Abu Bakar. "Siapakah di kalangan kamu menghantar jenazah pda hari ini?""Aku," Jawab Abu Bakar. "Siapakah di kalangan kamu menziarahi orang sakit pada hari ini?" "Aku," Jawab Abu Bakar. Baginda lalu bersabda: "Tidaklah berkumpul ciri-ciri ini pada diri seorang lelaki melainkan masuklah ia ke dalam syurga."
(HR Muslim)

Ya Allah, kau kurniakanlah kekuatan dan semangat kepada aku untuk menjadi seperti Saidina Abu Bakar. Tidak dapat banyak sedikit pun sudah memadai Ya Allah.

Sesungguhnya sedekah ini punyai banyak kelebihan.Antaranya:

 Kebaikan di dunia:
*  Membersihkan harta.
*  Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
*  Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
*  Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang   kaya.
*  Allah akan memberkati harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
*  Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
*  Sedekah akan meringankan  kiraan hisab nanti.
*  Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
*  Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
*  Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.


Petikan ini aku kutip dari sini.

Bagaimanakah untuk bersedekah? Terlalu ringkas jika aku menerangkannya dek kecetekan ilmu yang ku miliki. Lalu aku googlingkan kumpulan perkatan tersebut dan akhirnya coretan ini dibuat. Ada beberapa cara untuk bersedekah iaitu:

  1. Tasbih, Tahlil dan Tahmid.
  2. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.
  3. Bekeraja untuk menyara keluarga.
  4. Membantu meringankan urusan orang lain.
  5. Menyatukan dua orng yang berselisih.
  6. Menjenguk orang sakit.
  7. Sentiasa berikan wajah yang manis.(senyum)
  8. Berlumba-lumba mengerjkan amalan harian.
  9. Hubungan intim suami isteri. 
Dia ini mampu menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cara-cara bersedekah kepada kalian. ==> klik sini.

Cukuplah sekadar itu penulisan ku. Moga Allah sentiasa bersama-sama aku,dia dan kamu.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment