LAZAT, BERKAT, BERZAT..
Aku dan dia duduk bersimpuh menghadap rezeki..
Alhamdulillah ada juga rezeki untuk aku dan dia malam ni..
Walau tidak mewah asal cukup untuk bekalkan tenaga..
Untuk tunduk syukur kepadaMU sudah memadai..
Aku dan dia duduk bersimpuh menghadap rezeki..
Alhamdulillah ada juga rezeki untuk aku dan dia malam ni..
Walau tidak mewah asal cukup untuk bekalkan tenaga..
Untuk tunduk syukur kepadaMU sudah memadai..
Perut sudah terisi beerti makanan fizikal sudah dipenuhi..
Aku dan dia bangun pula menyuap rohani agar penuh kembali..
Usai solat dan berdoa kami duduk berdiskusi..
DIA MEMULAKAN PERBICARAAN:
Nafsu hanya suka pada makanan yang LAZAT . Akal suka pada makanan yang BERZAT.. tetapi hati suka pada makanan yang BERKAT. Yang manakah PENYUBUR IMAN?
AKU TERPAKU PADA RITMA KATA-KATA DIA..
LAZAT, BERKAT, BERZAT..
Aku cuba menyelami erti kalimah-kalimah ini..
Ya..mungkin Solusi ada bercerita tentang ini..
Isu 47 aku belak2 dan akhirnya aku temui..
Lazat :
Makanan yang fitrah kita sukai dan disukai sesiapa sahaja. Tetapi, lazat sering memudaratkan.
Berzat:
Makanan yang tidak semestinya lazat kerana ada kalanya ia pahit, masam dan kelat. Dek kerana pakar-pakar dietatik mengatakan ia berzat, mahu tidak mahu kita mesti memakannya.
Berkat:
Makanan yang halal dan baik..HALALAN TOYYIBAN. Ia bukan sahaja memberikan kita kesihatan malah mendapat pahala.
DIA MENYETUJUI PENERANGANKU..
SENTUH PULA DIA AKAN PERIHAL SUNNAH MAKAN RASULULLAH:
- Baginda makan berjemaah..
- Baginda makan dimulakan dengan basmalah,doa dan tangan kanan.
- Baginda makan degan didahulukan makan dari tepi bukan di tengah.
- Baginda menjilat jari setelah makan dan mengutip makanan yang terjatuh.
AKU MENAMBAH SEDIKIT PERISA..
- 3 perkara Baginda sentiasa hidupkan secara jemaah. SOLAT 5 WAKTU, MUSAFIR dan MAKAN.
- "Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan(yang dimakan oleh manusia yang ia mendapatkan bahagian daripadanya), kecuali yang disebutkan nama Allah padanya" (Riwayat Muslim)
- "Jangan kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri" (Riwayat Muslim)
- "Keberkatan itu akan turun di tengah-tengah makanan, maka makanlah dari pingir-pinggirnya dan jangan kamu makan dari tengahnya."(Riwayat al-Tirmizi)
- "Apabila salah seorang daripada kamu selesai makan, maka jilatlah jari-jarinya(tengah,telunjuk dan ibu jari), kerana dia tidak tahu dari mana keberkatan(rezeki Allah)." (Riwayat Muslim)
ALHAMDULILLAH, KENYANG BESAR ROHANI AKU,DIA DAN KAMU MALAM INI.
SYUKRAN KEPADA KAMU KERANA TERUS MEMERHATI.
entri yg bagus untuk di baca..
ReplyDeletesyukran Zul Fikri..
ReplyDelete