Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku selama mana aku hidup dan bernafas di atas muka bumi Mu..
Aku bersyukur padaMu atas kurniaan peluang nyawa kepada aku hingga saat dan tika ini..
Aku bersyukur padaMu atas kurniaan peluang nyawa kepada aku hingga saat dan tika ini..
[gambar hiasan..]
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu
akan dibalas pada hari kiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu
sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat
ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
Sepetang aku memikirkan dan mendalami makna tersirat di balik kalam-kalam suci Mu ini Ya Allah. Semenjak dua hari ini, aku dipertemukan dengan 3 peristiwa yang berkaitan akan kematian. 2 daripadanya aku alaminya sendiri. Apakah ini mungkin penberian amaran Mu kepada aku? Aku amat takut pabila menerima dan merasai kejadian sedemikian.
Sabtu, 3 November 2012
Pagi sabtu yang lepas, aku keluar dari gedung ilmuku menuju ke kampung halaman bagi menyelesaikan suatu urusan. Bertemankan motorsikal cabukku, aku meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan menuju suasana alam yang lebih damai. Suatu ketika, aku dipertemukan dengan kemalangan yang melibatkan 2 buah kenderaan raksaksa. Sebuah bas dilanggar dari belakang oleh sebuah lori membawa muatan batu kerikil. Limpahan batu kerikil memenuhi jalan lama Nilai-Batang Benar dek kerana lori itu terbalik.
[gambar sebenar. dipetik dari Kosmo..]
Dek kerana batu kerikil jualah aku tergelincir ketika membelok masuk ke Pekan Nilai lama untuk mengisi minyak. Mujur hanya sebuah motorsikal yang dinaiki seorang apek mengekori di belakangku. Aku tidak memikirkan suatu yang lebih besar akan menimpaku selepas dipertemukan 2 kejadian ini. Alhamdulillah, tiada lagi kejadian buruk aku temui mahaupun alami sehingga aku sampai ke kampung halamanku, Seremban. Dari petang hingga ke malam aku menyelesaikan segala urusanku di sana.
Ahad, 4 November 2012
Berbekalkan tenaga yang diperoleh dari 2 bungkus nasi lemak Madrasah (popular di Sikamat), aku memulakan kembara pulang ke gedung ilmuku seusai solat Zohor. Terima kasih kepada dia kerana membenarkan aku menginap di terataknya untuk semalaman. Sebelum pulang dia berpesan kepadaku:
"Baik-baik bawak moto tu, kau tu asyik tergolek je"
Dia seolah mengetahui seperti sesuatu akan menimpaku pada hari ini. Aku hanya endah tak endah akan pesanannya itu. Aku mula bergerak pulang melalui LEKAS. Highway yang antara paling sedikit aliran trafiknya. Aku berhujan di tengah perjalanan. Ketika sampai di Tol Batu 9 Cheras, satu lagi kejadian buruk menimpaku. Motor aku hampir tergolek ketika sedang membrek di tengah-tengah kepadatan trafik di situ. Di belakangku beberapa buah kereta menujah laju menuju entah ke mana.
"Ya Allah, selamatkanlah aku"
"Ya Allah, selamatkanlah aku"
"Ya Allah, selamatkanlah aku"
Aku ulangi beberapa kali kalimah Ya Allah. Ke kiri,ke kanan motorku terumbang-ambing. Tayar belakang motorku mengalami water float(tak sure betol ke tak perkataannya). Aku kerah tenagaku untuk membetulkan kembali kedudukan motor. Hampir-hampir sahaja aku bertemu ajal di situ. Dengan izinNya, aku masih lagi diberi peluang dan kesempatan. Berteduh sebentar di bawah sebuah jejantas kerana terasa sakit di kaki. Nah, kaki kanan dan kiriku luka. Nasib badan nampaknya. Kemudian, aku meneruskan perjalanan setelah hujan reda. Alhamdulillah selamat sampai ke gedung ilmuku sekitar 3.30 petang.
---------------***************---------------
Sehingga saat penulisan ini, kaki kanan masih membengkak. Moga tiada tulang yang patah.
Taubat aku,takkan bawak moto masa hujan lagi. Tunggu renyai atau dah teduh baru gerak.
Moga Allah mengkafarahkan dosa-dosaku yang lalu melalui kejadian ini.
Terima kasih kepada kamu kerana sudi membaca coretan ini. Selamat malam. Aku tinggalkan kamu dengan video ini.
No comments:
Post a Comment