Tuesday, 6 November 2012

MAKNA SAKIT UNTUK AKU,KAMU DAN DIA

Ya Allah, sesungguhnya engkau turunkan kesakitan itu untuk menebus dosa-dosaku yang lalu..
Ya Allah, sesungguhnya ujian yang engkau turunkan itu adalah yang mampu untuk aku tanggung..
Moga aku dapat jalani ujian ini dengan penuh ketabahan..


[sakit sebagai ujian..]

Rasulullah s.a.w bersabda: 


Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, 
kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya,
 melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya.
 (H.R. Bukhari)


Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan
, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya,
 melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. 
(H.R. Muslim)

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, 
melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya 
seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.
 (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dipetik dari: klik sini.


Firman Allah s.w.t. :


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai 
kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang 
yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) 
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), 
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: 
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu 
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

( Al-Baqarah, 214) 


Aku hidup di dunia ini bertujuan. Mencari redha Ilahi dengan cara yang sebaiknya. Dia memberi aku peluang demi peluang untuk mengejar habuan lumayan yang disediakan kepada seluruh hambaNya kelak. Mungkin dek terlena dibuai kenikmatan dunia, lalu Dia menganugerahkan kepada aku sedikit ujian. Ujian yang diberi untuk mengingatkan aku bahawa aku sudah semakin jauh dari jalanNya. Ujian yang memberi tanda untuk aku kembali semula ke jalan yang lurus.


Aku berdoa:

Ya Allah, aku berterima kasih kepadaMu kerana memberiku ujian ini. 
Semoga Engkau terus memberiku ujian seandainya aku terlencong dari jalan kebenaranMu.

Di kala sakit ini melanda, aku cuba mengamalkan beberapa petua untuk mengurangkan kesakitan.
Bacaan-bacan  ini bolehlah diamalkan. Insyaallah berkurangan kesakitan yang dialami.

· Selawat (7 kali)
· Surah al-Fatihah (7 kali)
· Ayat al-Kursi (7 kali)
· Surah an-Nas ( 7 kali)
· Surah al-Falaq ( 7 kali)
· Surah al-Ikhlas (7 kali)

Di kala sakit inilah juga, aku disarankan untuk memperbanyakkan doa. Waktu sakit adalah di antara waktu-waktu yang mana doa dimakbulkan. Sungguh doa itu senjata bagi orang mukmin. Di bawah aku coretkan antara waktu yang dimakbulkan doa.

WAKTU YANG DIMAKBULKAN DOA
a. Berdoa sewaktu hujan turun
b. Ketika hendak solat
c. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
d. Waktu di antara azan dan iqamah
e. Kitika sujud dalam solat
f. Selesai solat fardhu
g. Ketika berpuasa
h. Malam al-Qadar
i. Ketika Khatam 30 juzuk al-Quran
j. Sepanjang hari Jumaat
k. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir
l. Ketika berjihad dan seaktu melaksanakan ibadah haji dan umrah
m. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
n. Waktu menerima ujian
o. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh
p. Ketika ayam berkokok

Artikel diambil dari : klik sini..

Amalkanlah doa ini sebagai salah satu doa untuk mengurangkan sakit.
Semoga segala perkongsian aku di malam ini memberi manfaat kepada aku, dia dan kamu.
Amin Ya Rabb..

1 comment:

  1. Thanks For this useful information! :)

    also visit: Http://sacredholyquraan.blogspot.com

    ReplyDelete