Friday, 7 June 2013

Jannah Jumaat : Pahala Dari Sampah

Lori Sampah. tukar duit dengan sampah, pahala dari sampah, sampah dan pahala, buat pahala, sedekah pahala,
Sekadar gambar hiasan..

Salam sayyidul ayyam dan selamat sejahtera. Mari kita bersama-sama renung sejenak menghisab diri. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa sesungguhnya lorong @ peluang untuk menambah pahala boleh juga terhasil saban hari dan waktu melalui sampah. YA. Dari sekecil-kecil plastik gula getah sehingga sebesar-besar almari pakaian yang sudah rosak. Bagaimanakah ianya boleh terhasil. Cuba perhatikan hulubalang-hulubalang yang seringkali singgah di hadapan rumah kita bersama raksaksa pemakan sampah yang pelahap. Pasti kita nampak akan situasi seperti berikut:
Seperti kebiasaan mereka akan membelek-belek sampah untuk mencari bahan kitar semula yang boleh dijual untuk menambahkan sedikit sumber pendapatan mereka seperti botol plastik, tin kosong dan sebagainya.

Pasti ada di antara kita yang perasan akan hal yang sedemikian. Untuk memudahkan mereka ini mengasingkan sampah, eloklah kita yang membuang sampah di rumah kita, membuangnya ke dalam plastik mengikut kategori sampah. Botol-botol plastik kita letak dalam satu plastik dan ikat. Tin-tin kosong, besi buruk kita letak dalam plastik lain dan ikat. Kotak-kotak besar, kita lipat-lipat dan ikat.

Sampah yang kita hendak buang, adalah punca rezeki kepada yang mengutip sampah. Kalau kita tidak mampu nak bantu mereka dengan duit, bantulah dengan kita mengasingkan sampah kita. Nampak. Mudah bukan untuk dapat pahala dari sampah. Mungkin ianya nampak kecil tapi ganjarannya agak besar bukan. 


Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

p/s : Mudah bukan tips ini. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment