Saturday 11 May 2013

Santai Di Muzium Kesenian Islam

Salam hujung minggu sahabat semua. Alhamdulillah, harini Brader berkesempatan berlibur di kotaraya Kuala Lumpur. Destinasi pilihan kali ini muzium yang diasaskan MUSLIM terkaya di Malaysia..
Muzium Kesenian Islam Malaysia..

Muzium yang terletak di Lembah Perdana(Lihat peta di SINI) ini kini menganjurkan pameran khas tentang Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu bagi mengenang jasa tokoh budayawan Melayu, Mak Engku. Jom kita terjah apa yang menarik.


Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Sebaik melangkah masuk ke dewan anda akan disambut
dengan prakata awal tentang pameran ini..

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Seni tekat yang masyhur di Malaysia..
Bukan tekap tau..
Tekap Brader pon bley buat..

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Songket benang emas tulen..
Kalau jual mahu ribu riban ni..

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Kesian model ni..3 orang dah tiada kepala..

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Cop motif tenunan dahulukala..
Buat cop pengenalan pon okay ni.. 

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Hasil tenunan Brader yang dipamerkan..
Eh eh perasan plak..haha..
Brader ni punya sebenarnya..

Tradisi dan Kesinambungan : Tekstil Tenun dan Berhias Semenanjung Tanah Melayu
Kerabat diraja Terengganu..
Hensem bersongket..

So amacam. Esok Ahad bolehlah ringan-ringankan kaki dan dompet..haha..murah je tiket masuk RM12 untuk dewasa dan RM6 tuk kanak-kanak 6 tahun ke atas..Alhamdulillah, Brader dapat masuk free tadi..rezeki..Banyak ilmu baru dapat dipelajari..By the way, banyak lagi pameran yang ada kat muzium ni..bukan setakat pameran tekstil ni je..
(Entry pameran lain akan menyusul..)

Selamat membaca dan selamat berhujung minggu.

-Aku pencinta budaya-

No comments:

Post a Comment