Wednesday, 26 December 2012

Ustaz Zaharuddin : Isu Kalimah Allah.

Pagi semalam..
Sinar Harian memaparkan di muka hadapan..
Kenyataan Ust Zaharuddin tentang permintaan KM Pulau Pinang..


Penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible..


Isu lama yang dibangkitkan kembali..
Apa pandangan dan pendirian semua pihak..

1) Majlis Fatwa Kebangsaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah membincangkan isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Lebih info : klik sini..

2) Ust Osman Rani - Pesuruhjaya PAS Selangor.
Isu kalimah Allah tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya..

Kenyataan lanjut : klik sini..

3) Datuk Hasim Rusdi -S/U Umno Negeri Sembilan.
Mana boleh samakan kalimah Allah dengan kalimah lain. Kalimah Allah perlu dijunjung dan tidak boleh dipermainkan.

Kenyataan lanjut : klik sini..

4) Ustaz Zaharuddin - Pengerusi MURSHID
Beliau menyimpulkan bahawa:
1-   Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
2-   Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
     Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
3-   Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu. Melalui penilitian saya dalam konteks khusus di Malaysia, saya cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal ini. Namun saya tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.
4-   Jikalau keputusan mahkamah (selepas rayuan) tetap mengizinkan penerbit Kristian menterjemah kalimah ‘God' kepada Allah dalam penerbitan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan agar Kerajaan mengadakan segera muzakarah dan dialog di antara ulama, pakar undang-undang dan pihak Kristian bagi memastikan kebenaran itu tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islamdan segala penulisan dihadkan kepada penganut Kristian semata-mata. Tatkala itu syarat-syarat dan perjanjian perlu dibuat bagi menjaga kehamonian masyarakat dalam Negara.
Untuk artikel penuh : klik sini..





No comments:

Post a Comment