Salam dan selamat malam..
Seharian aku memikirkan tentang sebuah nama agung ini.
AURANGZEB- Putera Sultan Shah Jahan @ Shah Jehan..
Pemerintah Kerajaan Islam Moghul India..
Apa yang menarik sebenarnya tentang beliau?
Aku terbaca artikel di sebuah surau usai Zohor tadi..
Hasil tulisan Ust Pahrol Juoi..
Beliau memperincikan akan kisah tokoh ini..
Mengikut sejarawan barat, mereka mengganggap beliau merupakan seorang raja yang zalim..
Namun hakikatnya sebaliknya..
Aku cuba mendapatkan cerita tokoh ini di blog ust Pahrol namun ianya tidak berhasil..
Domain web beliau sudah expired...(huhu..sedih..)
Nasib baik lebai google ad..hehe..
Search punya search..sangkut ah kat web ni..
Jom ikuti kisah beliau..
Profil.
Aurangzeb atau Abul Muzaffar Muhiu 'd-Din Muhammad Aurangzeb Alamgir (ابلمظفر محىالدين محمداورنگزيب) adalah nama seorang raja Islam besar di daratan India pada abad ke-17. Aurangzeb yang terkenal dengan sebutan Alamgir itu lahir pada 4 November 1618 apabila Kesultanan Mughal. Lalu, meninggal dunia pada 3 Mac 1707 pada saat kerajaan Ahmednagar berusia 88 tahun. Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Ia merupakan salah seorang putera dari pasangan Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang terkenal pada masa raja Shah Jahan dibina mausoleum Taj Mahal. Saudara kandungnya yang lain adalah Murad, Shuja dan Dara Syikoh. Setelah wafatnya Shah Jahan akibat sakit dan penderitaan, Aurangzeb yang mempunyai nama lengkap Abu Muzaffar Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir akhirnya menggantikan posisi ayahnya itu pada tahun 1653. Kerana pelbagai polisi baru di masa pemerintahan tegasnya yang memang dipenuhi pelbagai tanggapan pro dan kontra, akhirnya Aurangzeb dikenali dunia sebagai raja Mughal terbesar yang bahkan malebihi kuasa raja Akbar Khan.
Kenaikan Takhta.
Banyak yang mengenal Aurangzeb kerana kesederhanaanya. Dari berbagai literatur, diceritakan bahawa raja ke-6 Mughal ini taat beragama dan kerap menolak menggunakan wang negara dalam kehidupan peribadi serta bekerja sebagai penganyam topi untuk memenuhi keperluan sehari - harinya. Bahkan, ia pun membeli kain kafan untuk pemakamanya sendiri. Tetapi, di sebalik sisi kesederhanaannya, Aurangzeb dikenali pula sebagai tokoh yang jahat, licik dan haus akan kekuasaan. Semua sikap itu banyak pula dibincangkan dalam pelbagai buku hingga melahirkan banyak hujah dari para pengkaji dan pemikir Islam di abad moden. Sebelum Aurangzeb menduduki tahta kerajaan, ia terlibat persekongkolan dengan saudara kandungnya, Murad. Ia melancarkan aksi itu untuk merebut takhta kerajaan dari ayahnya sendiri, Shah Jahan. Aurangzeb dan Murad berusaha untuk mengalahkan saudara-saudara kandungnya yang lain. Ia khuatir jika tidak disingkirkan, saudara-saudaranya itu boleh menduduki kerusi takhta sebagai raja.
Aksi Aurangzeb dan Murad adalah perang pertama melawan Dara Syikoh. Karena kelihaian strategi perang, Aurangzeb dan Murad berjaya mengalahkan saudarinya itu. Bahkan, Aurangzeb dan Murad berjaya memenjarakan Dara dan ayahnya sendiri, Shah Jahan. Selanjutnya, Aurangzeb dan Murad merancang mengalahkan Shuja. Perang saudara kedua akhirnya berlaku pada tahun 1659. Di Khajwah dekat Allahabad, akhirnya Aurangzeb dan Murad berjaya melumpuhkan Shuja. Kerana merasa iri dengan kemenangan Aurangzeb, Murad selanjutnya memutuskan perjanjian persekongkolan dalam merebut takhta kerajaan. Sehingga, terjadilah perang saudara ketiga antara Murad dan Aurangzeb. Tetapi, Aurangzeb kembali berjaya. Ia berjaya mengalahkan Murad. Murad pun dipenjarakan dan pada akhirnya di hukum mati oleh Aurangzeb sendiri.
Semenjak itu, tidak ada lagi persaingan antara saudara di kerajaan Mughal. Akhirnya, Aurangzeb pun naik tahta menjadi seorang raja dan mendapat gelaran Sultan Aurangzeb Alamghir yang jika diertikan menjadi yang menakluk dunia. Aurangzeb meneruskan politiknya terhadap Deccan dan hampir segala waktu dan tenaganya dipergunakannya untuk menakhluki India Tengah. Ia akan melakukan penakhlukan, yang paling penting adalah ke Palamau, daerah utara Bihar, yang dipimpin oleh Daud Khan, Gabenor Patna 1661 M, penakhlukan Chittagong oleh Shayesta Khan, Gabenor Bangla pada tahun 1666 M. Selanjutya menyerang Tibet melalui Khasmir.
Pemerintahan.
Kekuasaan Aurangzeb mendapat pengiktirafan dari negara - negara Islam lain. Sekitar 1661 - 1667 M, mereka menghantar dutanya ke India seperti: Sharif Mekah, Raja Parsi, Balkh, Bukhara Khasigar, Urjanh (Khiva), Shahr-e-Nau, Gabenor Turki di Basrah, Hadramaut, Yaman, serta Raja Abessinia. Aurangzeb dikenali sebagai penguasa Mughal yang melakukan gerakan puritan dengan menerapka islam ortodhok. Ia menggantikan polisi perdamaian Hindu dengan polisi islam. Untuk itu ia menaja pengkondifikasian hokum islam dalam karya agungnya yang dikenali dengan Fatawa e Alamgir. Selanjutnya untuk menegakkan kehidupan keagamaan di masyarakat, Aurangzeb berusaha menerapkan pola baru dengan mengangkat Muhtasib (pegawai pengawas moral), yang mempunyai kuasa untuk mengawal perjudian, pelacuran, pengguna dadah, minuman keras, serta hal-hal yang merosakkan moral yang lain (1659 M).
Perluasan Kuasa.
Aurangzeb selanjutnya memaingkan perhatuannya ke Deccan, ia sampai di Ahmadnagar pada tahun 1663. Disana ia mendapati bahawa ada tiga kerajaan yang memberontak: Negeri Marata dari Sambhaji, putra Sivaji dan dari sekutu - sekutunya Golkonda dan Bijapur. Demikian ia memutuskan untuk menundukkan kerajaan - kerajaan yang lain dulu. Ia merebut Bijapur pada tahun 1685 dan Golkonda 1687. Dalam tahun 1689 ia mengambil Sambhaji.orang - orang dari Marata menempatkan saudaranya, Raja Ram diatas tahta, setelah Raja Ram jandanya Tara Bai meneruskan peperangan, tetapi benteng demi benteng jatuh, sampai akhirnya pada tahun 1705 Aurangzeb menghapuskan kerajaan Marata.
Kejatuhan.
Orang - orang hindu dan orang Eropah telah mengkritik polisi Aurangzeb. Orang Inggeris menjadi terlibat pada tahun 1686 dalam suatu perikaian tempatan dan membakar kota Hugli. Shaista Khan yang menentang Inggeris mengambil langkah-langkah efektif melawan mereka, sehingga mereka diusur dari Benggala. Mereka lalu kembali ke Benteng St. George di Madras, yang telah mereka bangun pada tahun 1639. Dari sana mereka lalu menuntut Sultan memaafkan mereka dan itu dikabulkan oleh Aurangzeb. Mereka kemudian membina sebuah empat bau di Hugli, yang akhirnya berkembang menjadi bandar Calcuta, 1690. Pejabat - pejabat pedagang EIC telah membuat hal serupa di pantai sebelah barat. Mereka telah memindahkan pejabat dagangan mereka dari Surat ke Bombay, tetapi telah mengganggu kapal - kapal Moghul. Aurangzeb mengambil langkah segera melawan kompeni sampai presiden mereka Sir Jonh Child meminta damai. Aurangzeb memaafkan mereka, tetapi mereka harus membayar ganti rugi.
Pada tahun 1678, semua komuniti Hindu yang terkemuka: Jat, Satnamis, Marata, dan Rajhput telah memberontak, yang mana meyakinkan Aurangzeb bahawa orang - orang Hindu sebahagian besar tidak setia pada penguasa Muslim. Oleh kerana itu ia memutuskan untuk melayan mereka sebagai rakyat jajahan, dan pengganti tuntutan tentera dari mereka, menentukan cukai untuk memperoleh hak pilih, berupa Jizya, bagi mereka. Orang - orang hindu yang membayar hasil bumi dikecualikan, itu juga berlaku bagi mereka yang melayani suatu kemampuan, baik laki laki mahupun perempuan juga dikecualikan. Jizya merupakan cukai nominal, tetapi orang - orang hindu tidak menyukainya kerana dianggap mendeskriminasikan mereka.
Tinggalan Popular Beliau.
Masjid Merah
Moral of the story..
Saya tinggalkan untuk kalian komen ya Zahirul Nukman, Mahriz, dalam ruangan komen..HEHE..
Semoga bermanfaat apa yg saya kongsikan ini..
Ambillah iktibar dan renungkan sedalam-dalamnya..
Apa yang baik datang dari Allah..
Apa yang buruk datang dari kelemahan diri saya..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment