Friday 4 July 2014

Belasungkawa Cikgu

1982-2014 (32 tahun)

Rosli bin Mohd Noh
Sungguh Allah lebih menyayangimu guruku. 
Syukran atas 8 tahun bakti cikgu kepada saya dan rakan2 lain. Segala ilmu dan denda pernah kami terima menjadi bukti siapa kami hari ini. Moga pahala cikgu berterusan walau cikgu berada lebih awal di alam sana.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Alfatihah.


Cg. Rosli..saham akhiratmu cukup banyak


"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya, kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah (petunjuk)-Nya". [ 2: 156-157 ]

Almarhum Cikgu Rosli Md Noh.
5.20 petang pergi menerima panggilan Ilahi.
Guru Sains.
Sewaktu umurku melewati belasan tahun.

JazakAllahu 'Anni Khairal Jazak cikgu.
Ku harap, setiap hela nafas, kudrat dan mengah beliau dalam berkongsi ilmu dan adab yang dicurahkannya kepadaku (berkat redhanya dan doa kalian semua), akan berkekalan pahalanya.

Ya Allah,
Dengan keberkatan Ramadhan mulia ini, ampuni dosa guruku itu, kekalkan pahala kebaikannya, redhai segala amalannya, hapuskan dosa-dosanya, lantas tempatkannya dalam kalangan mereka yang Engkau kasihi di sana.

Buat Cikgu Asiah (Isteri Cikgu),
Anda berbahagia kerana Allah pilih suamimu di ambang Ramadhan.
Bukan Allah tidak kira sedih dan sedumu.
Di kala anak-anak kecil yang baru berjinak melihat dunia memerlukan sang bapa.
Namun, ketahuilah. Di sana, Allah sudah sedia mencipta sisi rahmah dan cinta-Nya buatmu, yang terselirat padanya kebaikan yang anda tidak ketahui maknanya.
Kekal-kan tawakalmu kepada-Nya.
Allah pasti lindungimu, walau dia sudah diambil dahulu darimu.


Ramai yang hadir solat jenazahnya.


Sayu.
Kalian yang membaca tulisan ini, sudi-sudikanlah menghadiahkan al-Fatihah dan doa buat beliau.

No comments:

Post a Comment