Monday 28 October 2013

Aku yang terkebelakang..

Sebelum salahkan suara pensyarah perlahan ketika mengajar, tanyakan kepada diri, kenapa aku duduk di barisan belakang?  Sebelum berkecil hati dengan pensyarah yang marahkan anda tersengguk-sengguk, tanyakan kepada diri, kenapa aku tidur lewat malam?  Sebelum 'memaki-hamun' di dalam hati akibat dihalang dari masuk kuliah, tanyakan kepada diri, kenapa aku lebih lewat dari guruku?  Sebelum melabel pensyarah mengajar tidak jelas, lalu aku tidak faham, tanyakan kepada diri, kenapa rakan aku boleh faham dan kenapa aku tidak bertanya ketika dalam kuliah?  Sebelum merungut kerana mendapat markah yang rendah, tanyakan kepada diri, berapa peratus tumpuan yang aku berikan ketika dalam kuliah?  Sebelum cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain, tanyakan kepada diri, apa yang aku lakukan ketika mereka mengulangkaji?  Sebelum merayu-rayu dengan air mata supaya markah ditambah, rayulah diri sendiri agar lebih juhud dalam pelajaran.  Sebelum menyesal dengan masa 4 tahun berlalu dengan sia-sia, mulakan usaha pada hari ini.. Tiada lewat untuk berobah!  p/s: Kejayaan hanya akan bermula apabila anda berhenti menyalahkan orang lain dan mula mempersoalkan diri sendiri.  Sumber : Facebook.

Sebelum salahkan suara pensyarah perlahan ketika mengajar, tanyakan kepada diri, kenapa aku duduk di barisan belakang?

Sebelum berkecil hati dengan pensyarah yang marahkan anda tersengguk-sengguk, tanyakan kepada diri, kenapa aku tidur lewat malam?

Sebelum 'memaki-hamun' di dalam hati akibat dihalang dari masuk kuliah, tanyakan kepada diri, kenapa aku lebih lewat dari guruku?

Sebelum melabel pensyarah mengajar tidak jelas, lalu aku tidak faham, tanyakan kepada diri, kenapa rakan aku boleh faham dan kenapa aku tidak bertanya ketika dalam kuliah?

Sebelum merungut kerana mendapat markah yang rendah, tanyakan kepada diri, berapa peratus tumpuan yang aku berikan ketika dalam kuliah?

Sebelum cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain, tanyakan kepada diri, apa yang aku lakukan ketika mereka mengulangkaji?

Sebelum merayu-rayu dengan air mata supaya markah ditambah, rayulah diri sendiri agar lebih juhud dalam pelajaran.

Sebelum menyesal dengan masa 4 tahun berlalu dengan sia-sia, mulakan usaha pada hari ini.. Tiada lewat untuk berobah!

p/s: Kejayaan hanya akan bermula apabila anda berhenti menyalahkan orang lain dan mula mempersoalkan diri sendiri.


Sumber : Facebook.

4 comments: