Thursday, 13 June 2013

Kenapa kita perlu belajar?

Kenapa kita perlu belajar? sebab kita belajar, dah besar nak jadi apa, kelebihan belajar, hidup seorang pelajar, niat belajar, betulkan niat belajar, kerana apa anda belajar.
Kenapa kita perlu belajar?

Situasi 1:
“Kenapa kita kena belajar?”
“Kita kena belajar sebab dah besar nanti kita dah berjaya boleh ada duit banyak, rumah besar, motor besar, kereta besar dan macam-macam lagi lah.”

Situasi 2:
“Kenapa kita kena belajar?”
“Kita kena belajar sebab kita ni susah. Dah besar nanti boleh lah bantu keluarga.”

Situasi 3:
“Kenapa kita kena belajar?”
“Kita kena belajar supaya kita tak jadi seperti orang yang tak berpelajaran, hidup tak tentu hala!”

Situasi 4:
“Kenapa kita kena belajar?”
“Kita kena belajar untuk exam nanti. Yelah! Macam mana nak jawab soalan exam kalau tak belajar. Nanti tak dapat jawab.”

Kenapa kita perlu belajar? sebab kita belajar, dah besar nak jadi apa, kelebihan belajar, hidup seorang pelajar, niat belajar, betulkan niat belajar, kerana apa anda belajar. buku, revise.
Belajar untuk exam @ Belajar untuk hidup..
Kenapa kita perlu belajar? Atas sebab apa kita perlu menuntut ilmu? Kenapa perlu kita susah-susah belajar dari tadika sampailah sekarang? Ya iyalah, kita belajar untuk berjayalah. Menjadi seorang yang berpelajaran kemudian pada akhirnya kita menperolehi apa yang kita hajati di dunia ini. Apabila sudah berjaya, semua benda senang dapat.

Itulah ‘kefahaman’ yang diberikan kepada kita dari kecil sampailah sekarang. Kita dididik dengan kefahaman sebegitu dalam menuntut ilmu seterusnya mencapai misi kita dengan jayanya kelak. Adakah betul kefahaman yang sebegitu rupa diberi pada kita? Tidaklah saya menidakkan kefahaman yang sebegitu kerana ada baiknya dari aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh, ianya mampu menjadi ‘pembakar semangat’ untuk berjaya kelak.


Jadi, apa yang salahnya? Nak kata salah, tak ada lah sangat cuma cara pemikiran kita terhadap sesuatu tujuan itu yang perlu dijernihkan. Ilmu adalah alat, menuntut ilmu adalah cara dan matlamat adalah akhirat. Mencari keredhaan Allah itu yang dituntut bukan semata-mata mencari kejayaan dunia sahaja, akhirat diabaikan tidak disandarkan tujuan tersebut pada Allah SWT.

Di sini, peranan niat sangat penting. Perbaharuilah niat sentiasa kerana Allah SWT dan Rasul-Nya. Bukan niat untuk mendapatkan dunia semata-mata. Niatlah yang menentukan tahap keikhlasan kita para hamba-Nya.

Untuk berjaya perlukan kesungguhan yang tinggi dan berterusan. Kejayaan tak datang dengan ‘petik jari’ atau ‘goyang kaki’ sahaja. Menuntut ilmu banyak cabarannya. Biasalah kalau kita kerap kali jatuh atau menangis kerana peritnya menuntut ilmu. InsyaAllah ada ganjarannya dan segala usaha yang dilakukan pasti ada hikmah(kesan baik) pada kita akhirnya.


Kalau ditanya kepada saya, “Kenapa kita perlu belajar?”. Saya akan jawab,”Kerana Islam. Saya seorang ISLAM!”. Bagi saya, itulah jawapan yang sempurna.

 Anda Pula Bagaimana?

p/s: Tulisan di atas bukanlah hasil penulisan Brader..Brader hanya menyampaikan sahaja. Penulis asal ialah sahabat Brader INI

3 comments: