Zaman urban jungle, terlihat seorang tua dan anak lelakinya kelihatan berumur 20-an di stesen keretapi memegang bagasi. Tampak wajah ceria mereka. Sungguh mesra hubungan antara dua beranak itu hinggakan tidak mempedulikan orang di sekeliling . Tidak berasa kekok apatah lagi malu. Nowadays, nak cium ibu depan kawan-kawan pun malu. Ntah apa yang di malukan pun taktau. Dia tak tahu yang ibu lagi malu semasa bersalin depan doktor. *sambung* Kedua-dua mereka mula memasuki gerabak dan mengambil tempat.
Semua tempat telah dipenuhi. Kelihatan seorang pemuda sedang memerhati kemesraan kedua beranak tersebut. Gerabak mulai bergerak.
"Abah ! Tengok pokok tu tengah bergerak !", kata anaknya.
"Bukan.. , kita yang tengah bergerak sekarang ni'', bapanya menjawab lalu tersenyum.
Pemuda tadi berasa tidak selesa dan hairan dengan perlakuan mereka yang berada disebelahnya. 'Apahal pulak bro sorang ni' hati kecilnya bermonolog.
''Abah ! Ada burung pelik , besar pulaktu " anaknya mengadu."Tu namanya kapal terbang , bukan burung " tegur bapanya.
Sekali lagi pemuda tersebut berasa tidak selesa . Ingin saja dia menegur tapi dia menahan. Hujan mula renyai-renyai.
''Abah siapa yang duduk di atas sana lepastu dia curahkan air? ''anaknya bertanya.
''Allah , Dia yang menciptakan hujan dan maha berkuasa di atas segala sesuatu '' jawab bapanya.
Kali pemuda tersebut betul-betul ingin menegur orang tua itu lantas berkata :
''Pakcik maaf kalau saya menegur, saya rasa anak pakcik ada masalah . Errm pakcik tak bawah dia ke hospital?
''Tak apa. Sebenarnya pakcik baru saja balik dari hospital. Alhamdulillah anak pakcik selamat dan berjaya melakukan pembedahan mata. Harini hari pertama dia melihat dunia dan melihat pakcik. Pakcik dalam perjalanan hendak kerumah berjumpa dengan ibunya. Maafkan pakcik .
Tanpa di sedari keretapi sudah tiba di perhentian. Lalu kedua beranak tersebut keluar dan meninggalkan itu. Pemuda tadi berasa kesal , sungguh tersentap lantas mengejar mereka dan meminta maaf .
P/s : Jauhi sikap bersangka-sangka kerana ia memusnahkan ukhwah.
“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)Ditulis semula : MonsieurAlf ..Silalah singgah blog beliau di SINI.
No comments:
Post a Comment