29 Disember 2012
Ya, Sabtu kembali bertandang. Makanya inilah hari terbaik bagi kita untuk mengkualitikan masa yang ada bersama-sama keluarga. Masa terbaik untuk bergurau senda bersama ahli keluarga. Masa terbaik untuk melakukan aktiviti kekeluargaan bersama. Namun, bagiku, Sabtu ini seumpama hari-hari yang lain. Tiada bezanya. Untuk Sabtu kali ini, aku berhasrat untuk bercucuk tanam. Aku ambil dua anak pokok pisang lalu aku tanamkannya di dua kawasan yang berbeza. Satu di kawasan subur yang penuh dengan nutrien. Satu lagi di kawasan yang penuh dengan 'baja' longgokan sampah. Usai menanam, aku biarkan sahaja mereka begitu sahaja. Cukup 4 bulan lagi, aku akan menjenguk semula kalian berdua. Aku mahu melihat apakah keduanya mampu bertahan untuk menjadi pokok pisang yang hebat atau tidak.
********************************************************************
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci).
Kedua-dua ibu bapanyalah yang akan mendidiknya
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
********************************************************************
********************************************************************
27 April 2013
Ya, Sabtu yang baru kembali bertandang. Inilah hari terbaik bagiku mengkualitikan masa bersama keluarga. Hari terbaik untuk aku aktif dalm keluarga. Untuk hari ini, aku bersama keluarga cukup hebat bercucuk tanam. Serai, halia dan bawang kami tanam. Dahan rambutan, mangga dan manggis yang meninggi kami cantas. Berpeluh jugalah dibuatnya kami hari ini. Ah, leganya dapat mengeluarkan peluh. Usai semua itu, kami sekeluarga berehat sebentar di bawah rimbunan dahan pokok mangga. Sedang leka berehat, tiba-tiba anak mataku melirik dan terhenti ke araha kedua-dua sosok pokok pisang yang aku tanam 5 bulan yang lalu. Oh, mereka sudah hebat membesar nampaknya. Aku harus melawat mereka berdua.
Pokok itu akhirnya subur. Eh eh, kenapa yang lagi satu ini tidak subur.
Rasanya aku sudah tanam begitu sahaja. Tidak pun aku sirami keduanya. Tidak pun aku bajai keduanya. Tidak pernah langsung aku berbuat apa-apa selain menanamnya. Apa yang membezakan tumbesaran mereka? Oh, Bumi yang mereka pijak itu mungkin. Satu aku tanam di tanah yang penuh dengan kebaikan. Satu lagi di tanah yang penuh dengan kelemahan. Mungkin itu yang membezakan mereka. Untung aku jadi manusia. Aku punya akal dan iman untuk menentukan halatuju kehidupanku di atas mana-mana bahagian Bumi yang ku pijak. Tidak kiralah bahagian Bumi itu indah dengan kebaikan atau hebat dengan kelemahan. Asal diriku dipandu dengan kebijaksanaan akal dan kekuatan iman, pasti aku dapat membesar dengan subur. Alhamdulillah. Terima kasih ibu dan ayah.
********************************************************************
“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah
maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.”
Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan shalat?”
“Ya, walaupun dia puasa dan shalat, walaupun dia mengaku Muslim.
Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah
memberikan nama atas kalian, yaitu :
Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.”
********************************************************************
Cerita di atas perlu dihadam analoginya dengan suasana hari ini.
Sebagai akhirnya, Brader nak cakap ni je:
If you know what I mean
Sekian, selamat membaca dan berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment