Lebai Google buat khas tuk Brader..
Salam dan selamat berhujung minggu sahabat2 sekalian..
Alhamdulillah..hari ini genap 22 tahun Brader di dunia..
Maka sudah 22 tahun masa berlalu mendekati ajal..
Semoga kehidupan yang telah berlalu sentiasa dirahmatiNya..
In Shaa Allah, untuk entry kali ini, Brader nak kongsikan tentang cara terbaik bagi kita..
Menyambut Ulangtahun Kelahiran..
Jom skrol dan baca..semoga bermanfaat.
- Raikanlah harilahir dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.
- Kita juga dituntut untuk melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat kerana dipanjangkan umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
- Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna contohnya “Allah selamatkan kamu”.
- Lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
- Pelbagai lagi ucapan yang dianjurkan dalam Islam yang boleh didoakan kepada kawan-kawan yang menyambut harijadi mereka dalam Facebook dan sebagainya.
- Menyambut harijadi sebaik-baiknya kita sendiri melakukan solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur sekali dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah, tilawah al-quran, zikir, selawat dan sebagainya.
- Tak perlulah ikut ikut budaya barat atau apa-apa amalan yang bercanggah dengan Islam. Seeloknya tanyalah Ustaz atau orang arif akan kedudukan harijadi dan menyambutnya dengan sederhana sahaja.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat Brader kongsikan..semoga kita dapat amalkan bersama-sama. Kepada sahabat yang wish Brader, saya dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kasthiran.
Sekian, selamat membaca.
No comments:
Post a Comment