Monday, 29 April 2013

Aduhai Kawan-Kawan..



kenapa mahu cari lawan,

Kita kan kawan,

Dulu sama-sama,

Kongsi teh secawan.



Kenapa mahu cari lawan,
Orang lain maju ke depan,
Orang kita cari jalan,
Jatuhkan kawan.





Kawan-kawan,
Kenapa mahu lawan,
Kan ke cukup rezeki tuhan,
Buat kita ramai-ramai makan.








Kawan-kawan,
Bukan nak cari lawan,
Sekadar nak ingatkan teman,
Hati-hati dengan,
Gunting bawah lipatan.







Kawan-kawan,
Kita sama-sama cari makan,
Bila fikir masa depan,
Jangan tabur pasir,
Dalam periuk kawan.



Kawan-kawan,
Cuba dikaji orang tua pesan,
Kawan jadi lawan, 
Kawan jadi kawan.









Dipetik daripada : Firdaus Pakcu


If you know what I mean

No comments:

Post a Comment