Friday, 15 March 2013

Jannah Jumaat : Solat itu Mudah.


islam itu mudah

Bayangkan,semasa anda sedang asyik mengejar seekor kijang di dalam hutan untuk diambil gambarnya, tanpa disedari rupanya anda telah masuk jauh ke dalam hutan tersebut dan tak tahu arah untuk berpatah balik. Kini anda hanya boleh minta pertolongan dari Allah SWT dengan melakukan solat hajat. Tetapi macam mana nak solat jika tidak tahu arah kiblat? Berikut merupakan panduannya:


*Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)

v
v
v
vvv
vv
v

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas [rahmat-Nya] lagi Maha Mengetahui."
 (Al-Baqarah:115)

Begitu jua keadaannya apabila kita bersolat di tempat yang luas
 seperti padang awam,stadium dan lain-lain. 
Solat kita masih lagi sah walaupun wujudnya perbezaan kiblat.
Tapi kalau dah tahu  masih xnak tukar kiblat..hmm dah 
"terlebih pandai" ah tu..

Apabila didapati ada dua orang 
yang menunaikan solat dalam dua kiblat yang berbeda, 
solat mereka tetap sah selama mereka berijtihad 
(pada tanggapan mereka berdasarkan penilikan) 
tentang arah kiblat masing-masing.


Ini kerana, dalam kaedah fiqh ada sebut, 
"sesuatu ijtihad itu tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain"

>>>klik SINI untuk lebih pencerahan<<<

Wallahu 'Alam.

Sekian,sekadar perkongsian bersama.
Salam jumaat barakah.

2 comments:

  1. masyaallah... thanks utk perkongsian nie. ^_^
    pentingnya solat dlm hidup kita..

    ReplyDelete
  2. cahayacinta.com
    sy rasa begitu jika tak pasti sy akan solat seperti biasa.klu ada tanda usah was2 lagi.

    ReplyDelete