Friday, 1 March 2013

Jannah Jumaat : Realiti Kini!

Salam Jumaat sahabat sekalian..
Tajuk khutbah kita hari ini ialah..Realiti Kita Hari Ini..Insyaallah khatib bertugas pada hari ini ialah Saudara Brader AADK..Cewah..berangan tinggi habaq ang..Haha..Insyaallah akan sampai masanya nanti..


Kalimah syahadah
gambar sekadar hiasan..

Insyaallah di pagi Sayyidul Ayyam ini..Brader nak kongsikan kepada kalian sebuah cerita yang Brader dapat dari seorang kenalan.

Seorang mahasiswa lepasan universiti di negara arab baru sahaja pulang ke kampung halamannya..Kemudian pada suatu ketika beliau telah diminta untuk menyampaikan kuliah kepada orang kampung di masjid beliau..Pada malam pertama, sebelum menyampaikan kuliah beliau telah mengemukakan soalan kepada para jemaah:

"Para hadirin sekalian, apakah tuan-tuan dan puan-puan telah mengetahui akan isi kuliah yang ingin saya sampaikan".

Para jemaah membalas, "Pasti kami tidak mengetahuinya."

"Oleh yang demikian, tiada gunanya saya berkongsi jika kalian tidak mengetahuinya.Lebih baik saya pulang."

Getus seorang jemaah di dalam hatinya,"Barangkali ilmu beliau cukup tinggi untuk difahami.Eloklah di kuliah yang akan datang kita katakan sahaja sudah tahu."

Kemudian, pada minggu berikutnya, sekali lagi beliau dijemput dan sekali lagi beliau mengajukan soalan yang sama. Para jemaah sepakat kesemuanya menyatakan bahawa mereka sudah mengetahui.

"Alhamdulillah, kalian semua sudah tahu, maka tiada gunanya saya menyampaikan kuliah pada hari ini. Bolehlah saya beransur pulang dahulu."

Sekali lagi para jemaah ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Mereka lalu berpakat untuk kuliah yang akan datang, separuh dari mereka akan berkata kami tidak tahu dan separuh lagi mengatakan kami tahu.

Maka, untuk sekalian kalinya, sekali lagi ustaz tersebut dijemput menyampaikan kuliah. Dan ternyata soalan yang sama diulang bagi kali ketiga dan para jemaah pun bersuara seperti yang telah disepakati mereka.

"Subhanallah, ada yang tahu dan ada yang tidak tahu. Maka seeloknya yang tahu berkongsilah dengan yang tidak tahu." Bicara ustaz itu dengan lembut.

Dipendekkan cerita, kenalan Brader pun beritahu bahawa yang sebenarnya ustaz itu nama sahaja pergi negara arab tapi tidak belajar banyak mana pun. Alkisah. Camtu pun ada.


tertipu
aduh..pening2 dengar citer ni..

*So apa yang boleh kita katakan.. don't judge a book by it cover. Read it leaf to leaf till the end.

*sebarang rasa tidak puas hati dengan cerita diatas, saya dahului dengan ampun dan maaf..tiada niat untuk menyinggung mahupun mengutuk pun..

Sekian, wasalam.
Salam Jumaat Barakah.

2 comments:

  1. Berkhutbah sangat baik untuk diperdengari. Ia memberi banyak ilmu untuk para pendengar. Namun kalau sekadar menyamar jadi tok iman dan mengajar tak tahu ekor dan kepala , baik tak payah.

    ReplyDelete
  2. Syukran saudara kamil salleh atas teguran..saya minta maaf jika entry ini mendatangkan perasaan terkilan kepada anda..tiada niat untuk memburukkan atau menyamar sebagai mana-mana pihak..insyaallah akan saya perbaiki sedikit demi sedikit ilmu saya.

    ReplyDelete