Friday, 15 February 2013

Jannah Jumaat : Monolog Sang Kaya dan Sang Miskin

Sang Kaya dan Sang Miskin

Monolog Sang Kaya:
Aku mulai hidupku dengan membuka lipatan selimut cotton termahal,
Aku bersarapan dengan bermacam-macam hidangan,
Aku memecut Lamborghini Gallardo ke menara perniagaanku,
Di tengah hari, aku lunch di Restoran Itali kegemaranku,
Malam, aku berlibur bersama-sama rakan-rakanku hingga ke dinihari,
Rumah mewahku ditatap kembali setelah puas berlibur,
Begitulah rutin harianku saban hari,
Namun, kini aku sedar..
Semua itu, masih belum dapat membahagiakanku,
Aku tercari-cari erti kebahagiaan yang sebenar,
Di manakah diamnya? Di manakah rumahnya?
Paris? London? Sao Paulo? Milan?
Aaargh..aku buntu..tolong aku kawan2..
Aku sanggup bayar untuk itu..

kaya vs miskin..

Monolog Sang Miskin:
Aku bangun ditemani bekas gigitan nyamuk..
Hampir tiap malam tidurkuku terganggu..
Setelah matahri mula memancar sinarnya..
Aku mula mencari sesuap hidangan..
Tidak pernah wujud istilah breakfast, lunch @ dinner bagiku..
Asal dapat mengisi perutku sudah cukup memadai,
Ya, pasti aku akan lalui menara-menara perniagaan itu..
Tapi bukan untuk mohon bekerja..
Hanya mengambil sampah untuk ditukar kepada wang..
Bagiku, sampah itu sumber kewanganku..
Malam, aku juga pergi ke kelab malam..
Tidak berlibur tetapi mengambil tin 'sampah' aku..
Setelah puas, aku mencari kaki lima untuk kembali bermalam..
Berselimutkan kotak2 yg akan ku jual di esok hari..
Bagiku, aku bahagia hidup begini..

Monologku:
Tidak semua yang kaya itu bahagia..
Tidak pula semua yang miskin itu sengsara..
Jika engkau kenal tuhanMu..
Maka engkau akan kenal erti bahagia..
Jika engkau lari dari tuhanMu,
Maka engkau alami erti sengsara..
Maka benarlah firmanNya..


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.

Sekian, wasalam.
Salam Jumaat Barakah.

1 comment:

  1. sggt btull..bsyukur dlm semua aspek..insya allah allah jdk redha kt kta..:))

    ReplyDelete