Thursday, 20 December 2012

Study Week Tukar Kepada Exam Week

Siang berganti malam..
Hidup berganti mati..
Sihat berganti sakit..

Sungguh indah sunnatullah itu..
ad pasangannya bagi tiap2 sesuatu..
hakikat yang perlu diakui kamu..
agar bertambah sayangNya pada mu..

Okay..dah habis bermadah dah..hehe..walaupun pendek tapi harap boleh paham ah..

Salam n selamat malam sayyidul ayyam sahabat2 pembaca sekalian..
Alhamdulillah, sudah 14 minggu aku menyambung pelajaranku di Universiti ******..
dan ini bermakna sudah sampai masanya untuk aku menempuh minggu honeymoon sebelom masuk minggu poisomoon..(men sebat je istilah ni..haha)..

So kita pendek cerita..
Study week berganti exam week..
Fuhh!! saat untuk bergelumang 24/7 dengan ilmu 14 minggu bermula..
tik tok!! tik tok!!
ramai orang takut bile sebut pasal exam especially student..
kenape takut?? xkan x biasa lagi..
UPSR,PMR,SPM,STAM,STPM..sebut ah ape jenis exam pon..
asal dengar je kalimat penuh kuasa ni..
semua jadi gerun..
patutnya kene camni..(tengok gambar)


patutnya kita suka exam..

Sebab ape patut kita suka exam..
Meh layan nukilan mantan guru ni..

Faedah Peperiksaan

Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, terasa seolah-olah   murid-murid tidak dapat menikmati kegirangan zaman kanak-kanaknya. Namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid.

Dengan garispanduan yang wajar, guru dan murid akan bersama-sama mendapat manfaat daripada   peperiksaan. Matalamat peperiksaan ialah ia bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan akan memberikan halatuju bagi guru dan murid. Murid-murid akan lebih fokus kepada pelajaran dan ini akan memudahkan guru menyampaikan pelajaran.


Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.

Murid-murid juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.

Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.

Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.

Jika peperiksaan dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi faedah kepada pelajar, guru dan ibu-bapa. Halatuju yang jelas seperti ini akan membantu semua pihak yang terlibat lebih fokus kepada pencapaian yang ditetapkan. Dengan demikian akan menggalakkan koloborasi antara semua pihak,  menjadikannya suatu usaha dan tujuan bersama.

dirembat dari ==> simantanguru

Nampak x pe tujuan pekse..
Makanya, tidak perlu gentar,gusar,gundah, gulana, gemalai dan g2 yg lain dengan perkataan ini..
Ape perlu buat..
Bersiap-siaga lah wahai penembak jawapan objektif dan penulis wawancara subjektif..
Nak tips..
Layan gambar jap..
Amik feel pekse jap..


tempat kunjungan minggu pekse je..
penuh macam pasar tapi senyap macam kubur..


hanya tangan yang bergerak..
pensil dan pemadam..
pen dan liquid paper..
gandingan ideal di ketika ini..

Dah dapat feel dah??
Amik nafas dalam2..
Hembus dan ucap Alhamdulillah..
(sila ulang 3 kali @ lebih)

So kita rungkai tips2 nya..
Ad 8 semuanya..

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Dipetik dari akhbar Berita Harian..

Antara himpunan doa2 yang boleh diamalkan..
·        Membaca al-Fatihah dan dihadiahkan kepada Rasulullah.
·        Ingat di dalam hati meminta kepada Allah supaya…

70 kali
أَسْتَـغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا
(1
100 kali
يَا لَطِيفُ
(2
25 kali
يَا فَتَّـاحُ يَا وَهَّابُ
(3
25 kali
رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ
(4
3 atau 8 kali

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّـكَ فَارْغَبْ (8)

 (Al-Sharh 001-008)



(5

 3 atau 8 kali

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
ِلإِيلـٰفِ قُرَيْشٍ (1) إِﺣ لـٰفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّـتَآءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَـٰذَا البَيْتِ (3) الَّذِى أَطْعَمَهُم مِن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِن خَوفٍ (4)
 (Quraish 001-004)



(6


3 kali

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْـلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي وَزِدْنِى عِلْمًا وَفَهْمًا وَارْزُقْنِى نَجَاحًا فِى التَّعَـلُّمِ وَالإِمْتِحَانِ


(7

Dipanjangkan oleh,
DATO’  HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD
Mantan Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Baru tujuh kan..
ni yang ke-8..




jangan meniru..

Okay..semoga bermanfaat..
Salam n selamat malam..

No comments:

Post a Comment