Lame x update dah blog ni..
X tau ah nak buat entry ape..
Fikir2..bley kot upload keje yg dihempas pulas seminggu dua ni..
So n maka diupload ah benda ini..
Moga bermanfaat..
YA ALLAh!! Sungguh ilmuMu itu cukup luas..
Aku bermohon agar yang aku kongsi ini punya manfaat dan kebaikannya..
Aku hanya mampu berbicara berdasarkan setitis ilmuMu yang Engkau kurniakan..
“Ayat yang digunakan iaitu dari Surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam. Ayat 219 dari Surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.”[11]
X tau ah nak buat entry ape..
Fikir2..bley kot upload keje yg dihempas pulas seminggu dua ni..
So n maka diupload ah benda ini..
Moga bermanfaat..
YA ALLAh!! Sungguh ilmuMu itu cukup luas..
Aku bermohon agar yang aku kongsi ini punya manfaat dan kebaikannya..
Aku hanya mampu berbicara berdasarkan setitis ilmuMu yang Engkau kurniakan..
SUASANA DAN KANCAH POLITIK SEMASA.
Muhammad Faiz Shamsudin
Abdullah Abbas Mohd Jelani
Muhammad Faris Mat Hassan[1]
PENGENALAN
Gerakan Islam pada hari ini jika dilihat sudah mulai
bangkit. Fasa kebangkitan telah dapat dirasai di seluruh dunia. Mesir, Syria,
Turki, Jordan mahupun negara-negara Teluk Arab yang lain telahpun berubah
mahupun dalam proses perubahan tampuk pemerintahan mereka. Kuasa rakyat yang
didokong parti-parti politik berhaluan Islam di negara-negara ini telah memberi
suatu tanda aras baru dalam menentukan fasa kebangkitan Daulah Islamiyyah.
Pelbagai langkah yang diambil dan halangan yang ditempuh bagi mencapai matlamat
membentuk kembali Daulah Islamiyyah yang unggul. Arus perubahan ini juga
semakin menular ke seluruh dunia hatta ia sudah mampu dirasai di negara kita,
Malaysia hari ini. Penggunaan tahaluf siyasi menjadi rencah dan pegangan
utama di Malaysia dalam membentuk kembali Daulah Islamiyyah seperti di
zaman Raulullah s.a.w. di Madinah dahulu. Persoalan yang timbul, relevenkah
lagi pendekatan tahluf siyasi ini menjadi acuan utama untuk
mengembalikan kegemilangan Islam di Nusantara? Jika releven, sejauh manakah
perlaksanaan itu boleh dilakukan? Inilah persoalan yang akan dikuPAS dan
ditelesuri dalam artikel ini.
DEFINISI
Tahaluf siyasi secara amnya boleh ditakrifkan sebagai sebuah kerjasama
politik diantara satu pihak dengan pihak yang lain mahupun di antara sebuah
parti politik dengan parti politik yang lain. Kerjasama secara literalnya
adalah suatu perbuatan yang dilakukan dan diusahakan secara bersama-sama atau
saling bantu-membantu[2]
manakala politik pula ialah sesuatu yang berkenaan dengan pemerintahan sesebuah
negara atau hubungannya dengan negara lain.[3]
Politik juga dikenali sebagai ilmu siasah atau ilmu kenegaraan. Secara kolektifnya,
kerjasama politik bolehlah dikatakan sebagai perbuatan yang dilakukan dan
diusahakan secara bersama-sama atau saling bantu-membantu dalam menguruskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara atau
hubungannya dengan negara lain.
Menurut Ustaz Ahmad Fadhli
bin Shaari,[4] beliau memberikan
pengertian tahaluf siyasi, iaitu membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak
bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. . Kerjasama ini boleh terjadi
di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi
musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga berkemungkinan berlaku dengan gerakan yang
pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana
hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan
golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
PANDANGAN ILMUAN ISLAM TENTANG TAHALUF SIYASI
Para ilmuan Islam seseungguhnya mereka
telah membicarakan serta membahaskan akan permasalahan tahaluf siyasi
ini dari pelbagai sudut pandangan. Ada diantara mereka berpendapat tahaluf
siyasi boleh dilakukan dan ada yang berpendapat ianya tidak boleh
dilakukan. Mereka berpegang kepada dalil-dalil dan hasil pemikiran mereka yang
mana ianya masih lagi dalam landasan fikrah islamiyyah. Pengkaji akan
membicarakan tentang dalil-dalil dan perbahasannya dalam indikator yang seterusnya.
Berikut pengkaji menyatakan pandangan-pandangan ilmuan Islam tentang tahaluf
siyasi.
Mengharuskan tahaluf siyasi
Para ulama bersepakat bahawa hukum
tahaluf siyasi adalah harus. Antara mereka yang berpendapat sedemikian ialah
Dr. Yusof al-Qardhawi, Dr. Mustoffa al-Tohhan, Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid,
Dr Solah al-Showi dan Dr. Munir Ghaddban. Antara hujah mereka adalah seperti
berikut :
a)
Peringkat awal dakwah Rasulullah
dipelihara oleh Abu Talib. Perjanjian yang dibuat antara Rasulullah dan bapa
saudaranya adalah bertujuan untuk menjaga serta memeliharanya daripada ancaman
kaum Quraisy. Ini kerana pada ketika itu Abu Talib melihat Rasulullah bertekad
menyebarkan dakwah islamiyyah walaupun dirinya terpaksa mati untuk Islam.
Seraya itu Abu Talib berkata “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa
yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa
selama-lamanya”. Kata-kata Abu Talib itu dibuktikan dengan beberapa tindakan
yang beliau lakukan antaranya mengumpulkan Bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim
untuk melindungi baginda SAW, kerana beliau mengetahui terdapat usaha daripada
kaum Quraisy untuk membunuh Nabi Muhamad SAW.
Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi
Nabi Muhamad.[5]
b) Hadis yang diriwayat oleh Aisyah r.a dalam peristiwa
hijrah ke Madinah. dalam peristiwa itu, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar
telah mengupah seorang lelaki daripada Bani Dail iaitu Abdullah bin Irqit yang
mahir dalam penunjuk jalan. Ia bagi memastikan jalan yang dipilih betul-betul
selamat untuk dilalui, bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertembungan dan
ancaman daripada kaum Quraisy yang ingin
membunuh Nabi Muhamad. Lelaki tersebut telah bersumpah setia pada
keluarga Al-As bin Wail as-Sahmi, iaitu berpegang kepada agama kafir Quraisy,
tetapi dia seorang yang boleh dipercayai dan telah dibayar oleh Rasulullah SAW
dan Saidina Abu Bakar. Rentetan daripada itu mereka bersepakat untuk bermalam
di Gua Thur selama tiga malam sebelum menyambung perjalanan mereka.[6]
Dalam peristiwa ini, menggambarkan kebijaksanaan Rasulullah mengeksploitasi
kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh orang bukan islam sehingga ia
menguntungkan Islam. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menegah secara total
daripada mengadakan persefahaman atau pakatan sekiranya pakatan tersebut
menguntungkan pihak Islam.
Mengharamkan tahaluf siyasi
Sebahagian daripada ulama haraki seperti
Syeikh Muhammad Qutb dan Syeikh Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, mereka dengan
tegas menolak secara total sebarang usaha-usaha ke arah kerjasama ini serta
menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Antara hujah-hujah yang mereka
kemukakan adalah seperti berikut :
a) Kolaborasi gerakan Islam dengan orang bukan Islam di atas
dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini
kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis kepatuhan kepada ahli kitab yang
mempunyai pegangan yang hamper sama dengan Islam, apatah lagi kepatuhan kepada
orang bukan Islam yang pegangan mereka langsung tidak mempunyai persamaan
dengan pegangan Islam.[7]
b) Kerjasama dengan musuh mungkin mendatangkan manfaat
daripada beberapa sudut, walaubagaimanapun jika ia dilihat dari aspek yang
lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hukum-hukum Allah SWT, ia tidak akan dapat
di capai. Ini kerana pihak musuh sudah PAStinya mempunyai agenda tersendiri
dengan menjadikan gerakan Islam sebagai perantaraan untuk mereka mendapatkan
kuasa. Mereka sekali-kali tidak akan membenarkan gerakan Islam ini berkembang
sehingga mengatasi diri mereka. Oleh yang demikian itu, kerjasama atau
kolaborasi ini akan menyebabkan terbantutnya usaha-usaha gerakan Islam untuk
menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana
lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.[8]
DALIL-DALIL TENTANG TAHALUF SIYASI DAN
PERBAHASANNYA
Pada bahagian ini dan seterusnya,
pengkaji akan menerangkan kerelevanan tahaluf siyasi dilaksanakan pada
masa sekarang. Dalam membahaskan akan pengharaman tahaluf siyasi, kebanyakan
ulama yang mengharamkannya sering menyandarkan kepada dalil naqli dari ayat
51-52, Surah Al-Maidah dan ayat 219 dari Surah Al-Baqarah.
Surah Al-Maidah, ayat 51-52:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä
w (#räÏGs? yqåkuø9$# #t»|Á¨Z9$#ur uä!$uÏ9÷rr&
¢
öNåkÝÕ÷èt/
âä!$uÏ9÷rr&
<Ù÷èt/ 4
`tBur Nçl°;uqtGt öNä3ZÏiB ¼çm¯RÎ*sù
öNåk÷]ÏB 3 ¨bÎ) ©!$# w Ïôgt
tPöqs)ø9$#
tûüÏJÎ=»©à9$#
ÇÎÊÈ
utIsù
z`Ï%©!$# Îû NÎgÎ/qè=è%
ÖÚt¨B cqããÌ»|¡ç öNÍkÏù
tbqä9qà)t
#Óy´øwU br&
$oYt7ÅÁè?
×otͬ!#y
4
Ó|¤yèsù
ª!$#
br&
uÎAù't Ëx÷Fxÿø9$$Î/
÷rr&
9øBr&
ô`ÏiB ¾ÍnÏYÏã (#qßsÎ7óÁãsù
4n?tã !$tB
(#r| r&
þÎû
öNÍkŦàÿRr& úüÏBÏ»tR ÇÎËÈ
Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa
diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit
dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan
Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana".
Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau
sesuatu Keputusan dari sisi-Nya. Maka Karena itu, mereka menjadi menyesal
terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.[9]
Surah Al-Baqarah, ayat 219 :
y7tRqè=t«ó¡o ÇÆtã ÌôJyø9$# ÎÅ£÷yJø9$#ur (
ö@è%
!$yJÎgÏù ÖNøOÎ) ×Î72
ßìÏÿ»oYtBur Ĩ$¨Z=Ï9 !$yJßgßJøOÎ)ur çt9ò2r&
`ÏB $yJÎgÏèøÿ¯R 3 tRqè=t«ó¡our
#s$tB tbqà)ÏÿZã
È@è%
uqøÿyèø9$#
3
Ï9ºxx. ßûÎiüt7ã ª!$#
ãNä3s9 ÏM»tFy$# öNà6¯=yès9
tbrã©3xÿtFs?
ÇËÊÒÈ
Maksudnya :
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan
judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".
dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang
lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu
supaya kamu berfikir,”[10]
Dalam membicarakan perbahasan tentang
dalil-dalil naqli yang disandarkan oleh ulama yang mengharamkan tahaluf
siyasi, pengkaji cukup tertarik dengan pandangan yang dikemukan oleh Ustaz
Ahmad Fadhli. Beliau berpandangan bahawa :
“Ayat yang digunakan iaitu dari Surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam. Ayat 219 dari Surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.”[11]
Namun, dalam menjalankan tahluf
siyasi, beberapa syarat perlulah diikuti dan dipatuhi agar Islam itu berada
di puncak kerjasama bukan hanya umpama melukut di tepi gantang. Dengan demikian
barulah kerjasama yang dilakukan ini akan menghasilkan kesan dan implikasi yang
cukup mapan kepada Islam. Antara syarat yang perlu diikuti ialah:
·
Tahaluf siyasi itu membawa maslahah kepada
pihak yang bekerjasama dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
masing-masing.
·
Golongan kafir yang
bekerjasama mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
Islam.
·
Pihak muslimin tidak berwala’
kepada musuh mahupun redha dengan pegangan mereka.
·
Persefahaman yang wujud hanya
secara sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah (muwada’ah).
·
Pemberian balasan
pertolonagan kembali setelah mereka memberi pertolongan (isti’anah). [12]
SEJARAH TAHALUF SIYASI DALAM SEJARAH KETAMADUNAN ISLAM
Dalam membicarakan perihal tahaluf
siyasi dalam lipatan sejarah ketamadunan islam, sesungguhnya ianya memang
wujud. Pengkaji akan membawakan beberapa contoh peristiwa tahaluf siyasi
yang wujud dalam lipatan sejarah terutamnya di zaman Rasulullah s.a.w.
Antaranya ialah peristiwa Hilfu Al-Fudhul, Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyyah.
Pengkaji akan cuba menerangkan dengan seberapa ringkas tentang
peristiwa-peristiwa berikut.
Hilfu Al-Fudhul
Peristiwa ini telah berlaku ketika
Rasulullah s.a.w belum lagi diangkat menjadi nabi dan rasul. Peristiwa ini
telah berlaku di rumah Abdullah bin Jud’an bin ‘Amru bin Ka’b bin Sa’d bin Taim
Ibn Murrah bin Ka’d bin Luai’i. Rumahnya dipilih kerana kemulian beliau dan
kelebihan umurnya. Pihak yang terlibat dalam perjanjian ini ialah Bani Hasyim,
Bani Mutalib, Assad bin Abdul ‘Uzzai, Zuhrah bin Kilab dan Taim bin Murrah.
Mereka telah berakad dan berjanji bahawa mereka akan memastikan Kota Mekah
bebas dari segala bentuk kezaliman samada dari penduduk Mekah itu sendiri
mahupun yang mendatangi Kota Mekah. Mereka bertekad akan melindungi orang yang
dilazimi sehinggalah orang itu bebas sepenuhnya dari kezaliman tersebut.[13]
Peristiwa ini telah dihadiri sendiri
Baginda Rasulullah ketika Baginda belum lagi diangkat menjadi nabi dan rasul.
Baginda pergi hanya sebagai peneman kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib.
Setelah Baginda diangkat menjadi Rasulullah, Baginda pernah meriwayatkan hadis
:
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا مأحب ان لي به حمر النعم ولو ادعى به
في لأجته.
Maksudnya :
“Aku telah turut sama dalam
perjanjian al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an, satu pakatan yang aku sangat
suka kepadanya seperti aku sayangkan unta merah (barang sangat berharga). Kalau
aku diajak di zaman Islam, nescaya aku menyahutnya.”[14]
Sesungguhnya, apabila Baginda
meriwayatkan hadis tersebut, maka Baginda telah mengiktiraf perjanjian
tersebut.
Piagam Madinah.
Berdasarkan
Piagam Madinah, telah diperuntukkan 23 fasal menyentuh tentang perlembagaan di
antara orang Muhajirin dan Ansar sebagai bahagian pertama. Kemudian pada
bahagian kedua, telah dibentuk 24 fasal yang berkaitan tentang hak dan
kewajipan orang Yahudi. Piagam ini telah diiktiraf sebagai kerjasama politik
berperlembagaan. Oleh yang demikian, setiap penduduk Madinah samada dari
golongan muslimin mahupun Yahudi mempunyai hak dan tanggungjawab bagi
mempertahankan kedaulatan negara dan bekerjasama menjaga keharmonian hidup.
Secara khusunya, terdapat 3 fasal yang menyatakan secara jelas kerjasama
politik yang perlu diamalkan dan dihormati secar bersama dalam kalangan
penduduk Madinah iaitu fasal ke-16, ke-45 dan ke-46.
1)
Fasal ke-16
“Orang-orang Yahudi yang memeterai perjanjian hendaklah
mendapat pertolongan dan pimpinan dengan tidal dizalimi dan tidak boleh ada
pakatan tidak baik terhadap mereka.”
2)
Fasal ke-45
“Apabila mereka diajak untuk berdamai atau masuk campur
dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk
campur ke dalam perdamian itu, dan bila mana mereka diajak berbuat demikian,
maka orang-orang mukmin, hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang
yang memerangi agama(Islam).”
3)
Fasal ke-46
“Orang Yahudi dan Aus sendiri dan begitu juga orang-orang
yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan bersama sepertimana
pihak yang lain yang menganggotai Piagam Madinah demi kebaikan semata-mata
(perdamaian) dari anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan
dengan tidak melakukan dosa kerana barangsiapa yang berbuat sesuatu, dialah
yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi kandungan akan kebenaran isi
kandungan dan merestuinya.”
Perjanjian Hudaibiyyah
Perjanjian ini merupakan
antara perjanjian terawal yang wujud dalam sejarah ketamadunan Islam.
Perjanjian ini berlangsung di antara Rasulullah dengan kafir Quraisy Mekah.
Perjanjian ini mengandungi lima persepekatan antara Nabi Muhammad s.a.w. dan
kafir Quraisy Mekah.[15]
Isi perjanjian tersebut ialah :
1.
Gencatan senjata selama 10
tahun di antara oarng Islam dan orng Kafir Quraisy.
2.
Jika orang Quraisy
meninggalkan mekah tanpa mendapat persetujuan pimpinannya dan masuk Islam serta
bergabung dengan kaum muslimin, dia harus dikembalikan semula ke Mekah, tetapi
jika orang Islam bergabung dengan Quraisy Mekah, maka tidak ada kewajipan untuk
mengembalikannya semula.
3. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk membuat perjanjian baik
dengan Muhammad dan kaum Quraisy.
4. Tahun ini, Muhammad dan kaum muslimin tidak dibenarkan
masuk ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.
5. Pada tahun berikutnya, mereka boleh menunaikan haji
dengan syarat tidak boleh lebih dari tiga hari dan tidak membawa senjata kecil,
kecuali yang biasa dibawa oleh musafir.
Jika dilihat secara sepintas lalu,
perjanjian ini telah mendatangkan ketidak puashatian dalam kalangan sahabat
kerana ia berat sebelah. Namun, Rasulullah, tetap mempertahankan perjanjian
tersebut dengan menegaskan mereka sebagai pihak yang menandatangani perjanjian
itu harus mematuhi perjanjian tersebut.
PERKEMBANGAN TAHALUF SIYASI DI MALAYSIA KINI
Soal tahaluf siyasi atau pakatan
dan kerjasama politik bukanlah perkara baru dalam arus politik Malaysia. Selepas
era penjajahan British yang berjaya mempengaruhi orang Melayu supaya menerima
imigran daripada Cina dan India, kemasukan golongan Cina dan India adalah
akibat daripada dasar British yang mengambil pekerja untuk bekerja di Malaysia.
Dengan ini British telah memperkenalkan sistem demokrasi Barat dan
undang-undang Barat. Jika orang Melayu menentang budaya dan undang-undang yang
diperkenalkan oleh British, mereka akan digelar tidak adil dan tidak
berperikemanusiaan. Hasil daripada semua ini, orang Melayu telah melakukan
kerjasama dengan orang bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
Oleh yang demikian, idea pembentukan dan
penubuhan barisan alternatif timbul apabila kesediaan PAS untuk bekerjasama
dalam menegakkan keadilan.[16]
Pembelaan dan keadilan yang ingin ditegakkan oleh PAS adalah untuk semua rakyat
tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan juga keturunan. Keyakinan ini
adalah kerana PAS meletakkan Islam dihadapan yang bersumberkan al-Quran dan
assunnah. Di samping itu, Islam adalah milik semua manusia di muka bumi dan ini
memungkinkan parti ini menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain
termasuk DAP meskipun mempunyai perbezaan ideologi bagi memperjuangkan keadilan
untuk semua kaum dinegara Malaysia. Kerjasama antara parti alternatif kali ini
adalah yang terbaik, ini apa yang ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Mustafa
Ali.[17]
Walaupun PAS dan DAP mempunyai ideologi
yang berbeza dalam memperjuangkan keadilan negara, tetapi mereka bersatu dan
bekerjasama dalam motif yang sama iaitu untuk menentang kezaliman politik dan
pengurusan negara yang dihadapi oleh rakyat malaysia. Antara contoh kezaliman
yang terdapat dalam sistem pentadbiran negara ialah amalan demokrasi yang
tempang, pentadbiran negara yang tidak cekap dan berlaku ketirisan dalam
pengurusan kewangan negara yakni duit yang disalurkan untuk pembangunan negara
terpesong daripada tujuan yang sebenar. Disamping itu, undang-undang negara
juga diperkotak katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang berkuasa.
Rentetan daripada itu, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran
maksiat dan jenayah.
PAS adalah sebuah parti yang dikawal
selia pelaksanaannya oleh Majlis Syura.
Peranan Majlis Syura adalah menentukan dasar dan perjuangan parti agar
tidak lari daripada landasan prinsip Islam. Majlis Syura boleh membatalkan
segala cadangan dan langkah yang bertentangan dengan syariat Islam. Melalui
Majlis Syura ulama terjalinlah satu muafakat dan kerjasama politik dengan parti
lain yang dikenali sebagai pakatan rakyat yang terdiri daripada parti PAS, DAP
dan PKR, ia dilakukan berdasarkan skop hukum Fiqh politik Islam.
Kerjasama ini semakin diterima oleh
rakyat dan masyarakat Malaysia disebabkan ketidaktelusan, kelemahan dan
penyelewengan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menguruskan negara. Ini
dapat dibuktikan dengan kejayaan pakatan rakyat dalam pilihan raya 2008 dimana
berjaya menguasai lima buah negeri. Apa yang paling mengejutkan negeri yang
dikenali sebagai kubu kuat kerajaan(UMNO) iaitu Selangor telah jatuh ke tangan
pakatan rakyat. Tetapi sekali lagi mereka menunjukkan ketempangan sistem
demokrasi dalam negara dimana pihak kerajaan(UMNO) merampas kembali negeri
Perak dengan cara tidak sah dan memalukan dalam kancah politik negara. Walaupun
jatuh sebegitu rupa di Perak, inilah liku-liku yang terpaksa dihadapi dalam menegakkan
keadilan. Inilah senario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama
ini.
RUMUSAN
Melalui penulisan ini,
pengkaji dapat merumuskan bahawasanya tahaluf siyasi ini harus
dijalankan pada masa sekarang setelah menilai dan memahami segala perbahasan
yang kami kemukakan dalam kertas kerja ini. Antara yang kami boleh rumuskan,
terdapat beberapa sebab yang membolehkan kerjasama ini berlaku. Yang pertama, hal
ini disebabkan melihatkan keadaan dan perihal senario politik hari ini, dan
gerakan Islam belum lagi menjadi tunjang kekuatan walaupun mereka berada di
tampuk kepimpinan negara. Selain itu, atas faktor suasana masyarakat hari ini
yang mana keadaan masyarakat berada dalam keadaan majmuk, tidak semua golongan
masyarakat dapat memahami isi tersirat kandungan Islam dan kelebihan-kelebihan
yang terdapat di dalamnya. Oleh yang demikian, wujudlah keperluan untuk bertahaluf
dengan gerakan lain dengan menyertai politik pilihanraya ataupun bergerak sebagai
pemimpin di dalam pembentukan kerajaan.
Sebagai natijahnya, melalui tahaluf siyasi ini
memungkinkan sebuah gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha
untuk menegakkan agama Allah SWT. Namun, gerak kerja seperti mengadakan
siri-siri penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa
khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil
dengan penggunaan segala bentuk media massa yang wujud. Hal ini memungkinkan
tahap ketercapaian masyarakat akan tahaluf siayasi ini dapat
diamaksimumkan seluas mungkin. Di peringakat kepimpinan gerakan Islam pula ,
pimpinan dan ahli jawatankuasanya perlulah sentiasa prihatin dan sensitif
dengan perkembangan semasa serta mengambil kira kehendak masyarakat agar
langkah bertahaluf yang diambil ini tidak akan memulangkan paku buah karas
kepada mereka nanti.
[1] Pelajar-pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kertas kerja ini ditulis bagi memenuhi
syarat pemarkahan bagi subjek Pengantar Syariah.
[2] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerjasama+
[3] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=politik
[4] Beliau merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah
wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
[5] an-Nabhani,
Taqiyuddin. Nizhamul Hukmi Fiil Islam (terj: Dr. Mohd. Maghfur Wahid.) Jakarta: Penerbit Al-Izzah, 1997. hal. 358.
[6] Qardhawi,
Yusuf. Fiqh Kenegaraan. (terj : Arsil Ibrahim.) Kuala Lumpur: Blue T Sdn. Bhd., 1999. hal.
229.
[7] Shaari,
Ahmad Fadhil. "Tahaluf Siyasi Dalam Konteks Perjuangan PAS Di Malaysia PASca
Pru-12 Serta Pandangan Golongan Ulama Haraki Mengenainya ": Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra 2009.
[8] Shaari,
Ahmad Fadhil. "Tahaluf Siyasi Dalam Konteks Perjuangan PAS Di Malaysia PASca
Pru-12 Serta Pandangan Golongan Ulama Haraki Mengenainya ": Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra 2009.
[9] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian
al-Quran, edisi 10. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana
Menteri.2010.
[10] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian
al-Quran, edisi 10. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana
Menteri.2010.
[11]Shaari, Ahmad
Fadhil. "Tahaluf Siyasi Dalam Konteks Perjuangan PAS Di Malaysia PASca
Pru-12 Serta Pandangan Golongan Ulama Haraki Mengenainya ": Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra 2009.
[12] Shaari,
Ahmad Fadhil. "Tahaluf Siyasi Dalam Konteks Perjuangan PAS Di Malaysia
PASca Pru-12 Serta Pandangan Golongan Ulama Haraki Mengenainya ": Kolej
Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra 2009.
[13] Berkata Ibnu
Hajar mengenai sebab berlakunya peristiwa ini di mana beberapa orang individu
telah dizalimi di bumi Makkah, lalu puak-puak yang lain yang membenci kezaliman
telah bersepakat untuk menghulurkan bantuan.
[14] Thaib,
Lukman. Political System of Islam.
Kuala Lumpur: Penerbit Amal, 1994. hal. 219.
[15] an-Nabhani,
Taqiyuddin. Nizhamul Hukmi Fiil Islam (terj: Dr. Mohd. Maghfur
Wahid.) Jakarta: Penerbit Al-Izzah,
1997. hal. 356.
[16] Politik, Biro
Analisa. "Dilema Umno : Analisa Pilihanraya 1999." Kuala Lumpur: Biro
Analisa Politik Parti Islam se-Malaysia, 2000. hal. 3.
[17] Politik, Biro
Analisa. "Dilema Umno : Analisa Pilihanraya 1999." Kuala Lumpur: Biro
Analisa Politik Parti Islam se-Malaysia, 2000. hal.8.
No comments:
Post a Comment