Ya Allah, kau terimalah segala amalan yang telah aku lakukan pada tahun lepas yang mana melaluinya aku ingin peroleh redhaMU..
Ya allah, demi tahun baru ini, aku memohon kepadaMU agar aku terus diberi peluang dan waktu untuk terus mencari redhaMU..
Sesunngguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..
Amin Ya Rabb..
Azam Tahun Lalu dan Tahun Baru.
[apa azam aku mulai esok..]
Sedar tak sedar, esok atau tepatnya maghrib ini, kalendar Hijri akan menutup tirai 1433Hijrahnya. Maka dengan itu, akan tamatlah riwayat azam-azam yang dibina pada tahun lalu. Namun persoalan yang timbul pada benak hati ini, sejauh manakah aku telah berjaya mencapai segala azam yang aku sematkan semenjak 1 Muharram 1433 yang lalu? Kalau dikalkulatorkan, mungkin tak terkira kuantiti azam yang aku sematkan tahun lalu. Banyak yang amat. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang sebentar, ada yang sepanjang tahun dan ada yang berlalu tanpa mendapat sebarang sentuhan dan ukiran langsung. Moga-moga di tahun baru ini aku dapat mengapai keseluruhan azam yang bakal disemat. Ada orang cakap:
"Always think about quality not the quantity"
Kualiti azam memang aku tak nafikan ianya suatu yang menentukan tahap pencapaian azam seseorang. Ya, aku akui memang kebanyakan azam aku sekadar okay dari segi kualitinya. Namun hanya Allah yang Maha Mengetahui gred azam aku yang lalu. Moga-moga di tahun baru ini aku dapat mengapai keseluruhan azam yang bakal disemat dengan penuh kualiti. Ya Allah, jauhkanlah aku dari golongan sepertimana disebut dalam hadis kekasihMU ini :
"Manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor
tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan"
tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Okay, hadis ini berkisar tentang manusia. Cuma aku nak ambil misalan yang ad. Qiyaskan manusia dengan azam yang banyak.(aku tak bermaksud nak membina hukum baru bila minta kalian qiyaskan) Lalu, akan nampak ah maksud kualiti yang aku cuba sampaikan. Boleh nampak apa aku nak sampaikan??. Ayuh ikut aku ke persoalan seterusnya.
Mana Yang Betul?
Azam = Amanah
@
Azam VS Amanah
Sila pilih dan tentukan cara kamu menyamakan/membezakan antara duanya.
Sedikit panduan untuk kamu dalam membina azam baru.
1. Muhasabah azam lama.
Sebelum nak membina azam baru, pastikan muhasabah azam tahun lepas dahulu. Aspek ini sering diabaikan dalam membina azam baru. Tapi kenapa nak muhasabah azam lama pula???.. jawapannya kita perlu belajar dari kesilapan atau kekurangan lalu. Cuba imbas kembali kenapa serta bagaimana azam-azam tersebut tercapai dan kecundang. Selepas itu aplikasikan penambahbaikan dan pembaharuan dalam membina azam baru kita.
2. Membina azam baru.
a) Niat
Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”[Sahih Muslim]..
Cuba fikirkan azam yang kita bina diniatkan untuk apa dan siapa??..Perlu diingatkan sebagai muslim apapun yang kita kerjakan, niat kita seharusnya tidak lari dari hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Mudahan azam kita menjadi ibadah kepada Allah.
b) Jelas (spesifik)
Selalunya azam yang kita tetapkan sangat umum dan tidak jelas (spesifik). Sila baca azam dibawah.
Azam 1: “ Aku berazam nak dapat anugerah dekan semester ini”.
Azam 2: “Semester ini aku mesti berusaha sehabis baik untuk dapatkan anugerah dekan dengan pointer 4.00”.
Cuba bandingkan azam di atas, yang mana satu azam yang jelas. Azam 1 atau Azam 2 ??? Azam yang JELAS merupakan langkah awal yang membantu kita melihat peluang dihadapan.
c) Realistik.
Adakah azam yang kita nak bina mengambil kira aspek kemampuan diri kita? ataupun main hantam sajalah?..Sebagai contoh sekiranya kita berazam untuk menjalankan perlaburan hartanah dan mendapat untung sejuta dalam masa setahun, tanya kembali pada diri, adakah ilmu yang dimiliki mencukupi dalam perniagaan tersebut? Bagaimana pula kemampuan dari segi modal, kemahiran dan sebagainya? Sekiranya belum, apa kata anda azamkan dahulu menuntut ilmu dan pengalaman dalam perniagaan yang anda ingin ceburi.
d) Dapat diukur
Tetapkan penanda aras untuk mengukur kejayaan azam yang kita bina. Sekiranya kita berazam mengurangkan berat badan, tetapkan penanda aras azam dengan menetapkan berapa berat yang perlu dikurangkan. Sebagai contoh “Aku berazam pada tahun ini aku nak kurangkan berat badan dari 80 kg turun ke 70 kg”. Maka azam tersebut dikatakan tercapai dengan tercapainya penanda aras iaitu berat badan yang telah dikurangkan.
e) Strategi
Pernahkah anda merancang perjalanan ke tempat kerja ? Sudah tentu pernah, kerana anda nak mengelak dari terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas dan sampai ke tempat kerja tepat pada masanya. Aplikasikan kaedah ini kepada azam baru anda. Rancang strategi untuk tempoh 12 bulan bagi mencapai azam anda. Perancangan yang baik akan memastikan perjalanan anda tidak tersasar dari landasan yang telah ditetapkan. Tambahan pula perancangan strategi akan membantumembangkitkan momentum motivasi anda sepanjang tahun.
f) Masa
Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai azam. Semakin dekat menghampiri deadline maka semakin rancak tindakan yang diambil. Kalau tak sempat???..buat deadline baru dan patuhi deadline tersebut. Oleh itu tetapkan masa dalam perancangan strategi anda. Jangan biarkan matlamat dicapai pada bila-bila masa kerana ia akan megurangkan motivasi anda.
g) Penghargaan pada diri
Jangan lupa sama ada azam tercapai atau tidak, tetapkan hadiah untuk diri anda sebagai tanda penghargaan atas usaha yang telah anda laksanakan.
3. Doa dan amalkan.
Azam tanpa melaksanakan perancangan tidak ada ertinya. Tulis azam kita dan tampal di tempat yang sering kita lihat seperti dinding bilik, meja, diari, laptop dan sebagainya. Ini dapat membantu mengigatkan kita perancangan yang perlu dilakukan. Akhir sekali sentiasalah berdoa agar ditetapkan hati dan dipermudahkan urusan dalam mencapai azam tersebut. Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin. Allah berfirman dalam Surah Al-Mu’min ayat 60:
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya
Aku perkenankan doa permohanan kamu.”
Segala tips dan panduan aku rembat dari sini : klik sini..
Wallahu a’lam..
Selamat berazam..
Salam Maal Hijrah 1434.
No comments:
Post a Comment