Sunday, 31 March 2013

Segmen: Hijrah Itu Indah


Poster-Segmen
Insya-Allah, pihak #TeamHijrah Malaysia akan mengadakan satu segmen untuk blogger-blogger dalam kalangan ahli TeamHijrah. Segmen ini akan berlangsung dari 15 March hingga 29 March 2013. Tema untuk segmen kali ini ialah “Hijrah itu Indah”.

Ingin menyertainya? Ayuh, ikuti langkah yang dikehendaki. :)
Langkah-langkahnya:
1) Anda diminta membuat sebuah entri berjudul: Hijrah Itu Indah.
Letakkan pautan entri anda pada ruangan komen halaman ini.
2) Download Poster Rasmi Segmen: Hijrah itu Indah di atas dan letakkan bersama di dalam entri anda.Sebagai tanda anda menyokong TeamHijrah, letakkan banner di bahagian tepi blog anda dan pautkan ke Website TeamHijrah,http://teamhijrah.my/
Copy paste kod html dibawah untuk letakkan banner disidebar anda:
<p style=”text-align: center;”><a href=”http://teamhijrah.my/segmen-hijrah-itu-indah/”><img alt=”Banner-Sidebar” src=”http://teamhijrah.my/wp-content/uploads/2013/03/Banner-Sidebar.jpg” width=”250″ height=”250″ /></a></p><p style=”text-align: center;”><a href=”http://teamhijrah.my/segmen-hijrah-itu-indah/” target=”_blank”> Sertai Segmen: Hijrah Itu Indah Sekarang! :) </a></p>
Atau anda boleh upload gambar dibawah ini sendiri dan letakkan disidebar anda dan linkkan ke entri ini.
Banner-Sidebar
3) Untuk bahagian isi dalam post anda, hendaklah memasukkan elemen2 berikut:
- [Sharing Moment] Ceritakan pengalaman hijrah anda. Bagaimana permulaan, cabaran dan iltizam anda.
- [Mission Impossible] Kongsikan apa yang ingin anda hijrahkan (ubahkan) kepada diri anda. Ia iltizam dan semangat anda untuk berubah.
Sebagai contoh: Saya ingin meneruskan menunaikan solat sunat dhuha setiap hari.
- [Be An Inspiration] Beri rangsangan kepada pembaca blog anda untuk sama-sama berhijrah.
Istimewa buat anda yang menyertai !
1) 8 blog bertuah akan diberikan hadiah misteri.
Pemilihan adalah secara rambang berdasarkan pada laman web:http://www.random.org/
2) Kesemua blog yang menyertainya akan disenarai di halaman yang dikhaskan untuk Segmen: Hijrah Itu Indah.
Jadi untuk apa lagi. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta.
p/s : Brader tolong pomot je ni..ni kawan punya segmen..in shaa allah ada sahamnya..selamat mencuba ah..

Friday, 29 March 2013

Jannah Jumaat : The Miracle of Suspended Coffees

Salam alaika to all my beloved friends..Hope you all always under His blessing..
So for today..Brader would like to share to all my readers about a good story happened outside of our country..
I called it "The Miracle of Suspended Coffes"..
Lets rolls our mouse to read it..


###################


On one day, we enter a little coffeehouse with a friend of mine and give our order. While we’re approaching our table two people come in and they go to the counter:‘Five coffees, please. Two of them for us and three suspended’ They pay for their order, take the two and leave. 
I ask my friend: “What are those ‘suspended’ coffees?”My friend: “Wait for it and you will see.”

Some more people enter. Two girls ask for one coffee each, pay and go. The next order was for seven coffees and it was made by three lawyers - three for them and four ‘suspended’. 

While I still wonder what’s the deal with those ‘suspended’ coffees I enjoy the sunny weather and the beautiful view towards the square in front of the café. Suddenly a man dressed in shabby clothes who looks like a beggar comes in through the door and kindly asks‘Do you have a suspended coffee ?’




It’s simple - people pay in advance for a coffee meant for someone who can not afford a warm beverage. The tradition with the suspended coffees started in Naples, but it has spread all over the world and in some places you can order not only a suspended coffee, but also a sandwich or a whole meal.

####################


Wouldn’t it be wonderful to have such cafés or even grocery stores in every town where the less fortunate will find hope and support? If you own a business why don’t you offer it to your clients… I am sure many of them will like it.

Prophet Muhammad (pbuh) said:"Feed the hungry, visit the sick, and set free the captives." [Bukhari].


That's all for today..happy reading..
Salam Jumaah Barakah..

Thursday, 28 March 2013

Buatlah Kalau Mampu Penuhi Syaratku Ini..


Salam dan selamat berbahagia sahabat Brader sekalian..
Mai dekat-dekat yang mana jauh..mai rapat-rapat yang mana dekat..
In Shaa Allah..Brader nak kongsikan sebuah cerita benar yang berlaku pada seorang ulama salaf yg cukup zuhud..
Bagaimana beliau menasihati serang lelaki kaki maksiat..
Jom layan..keyboard and mouse..lets roll...

######################

Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabiah. Ia meminta nasihat kepada dirinya agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Ia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya. "



Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kamu mampu melaksanakan lima syarat yang ajukan, maka aku tidak keberatan kau berbuat dosa."

Mendengar jawapan laki-laki tersebut gembira dan dengan penuh rasa ingin tahu yang besar dia bertanya, "Apa sahaja syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?"

"Syarat pertama, jika kau melaksanakan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan rezeki Allah", ujarnya.

Lelaki itu mengernyitkan dahinya lalu berkata, "lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah? "

"Benar", jawab Ibrahim tegas. "Bila kau telah mengetahuinya, masih pantaskah kau memakan rezeki-Nya sementara kau terus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintah-Nya?"

"Baiklah ...", jawab lelaki itu tampak menyerah, "Kemudian apa syarat yang kedua?"

"Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya", kata Ibrahim lebih tegas lagi.

Syarat kedua ini membuat Jahdar lebih terkejut lagi. "Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah? "

"Benar. Kerana itu pikirkahlah baik-baik. Apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sementara kau terus berbuat maksiat? ", Tanya Ibrahim.



"Kau benar Aba Ishak", ucap Jahdar kemudian. "Lalu apa syarat yang ketiga?", Tanyanya dengan penasaran.

"Kalau kau masih juga bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat yang terembunyi agar tidak terlihat oleh-Nya."

Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. "Ya Aba Ishak, nasihat macam apakah semua ini? Mana mungin Allah tidak melihat kita? "

"Bagus! Kalau kau yakin Allah melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rizkNya, tinggal di buminya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya. Pantaskah kau melakukan semua itu? ", Tanya Ibrahim kepada lelaki yang masih tampak membisu itu. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabiah tidak berkutik dan membenarkannya.

"Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat yang keempat?"

"Jika malaikatul maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal soleh."

Jahdar termenung. Nampaknya ia mula menyedari semua perbuatan yang dilakukan selama ini. Ia kemudian berkata, "Tidak mungkin .... Tidak mugnkin semua itu kulakukan ".

"Ya Abdallah (hamba Allah), bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat mengelakkan dari murka Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.

"Wahai Abdullah, apabila malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau ikut dengannya dan menjauhlah!"

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Lelaki yang ada di hadapan Ibrahim bin Adham itu menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal, ia berkata.

"Cukup ... cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat kepada Allah ", lirihnya sambil teresak-esak.




######################


Nama lengkapnya adalah Ibrahim bin Adham bin Manshur al 'Ijli. Ada yang mengatakan at Tamimy. Dia juga dikenali dengan Abu Ishaq al Balkhi. Dia termasuk ulama generasi salaf yang zuhud dan wara '.

Sekian, sekadar renungan bersama.
Salam dan selamat membaca..


Wednesday, 27 March 2013

Syukran Kak Kniedaz78


Woot..woot..blog Brader masuk bloglist Kak Kniedaz..
bahagian I'm reading and follow..hihi..
patut ah banyak trafik masuk..I'm wonder why? hehe..
syukran Kak Kniedaz sudi masukkan blog picisan ni dalam bloglist akak..


Mai singgah blog Kak Kniedaz ni..



Wordless Wednesday : Zaman Kanak-kanak Dulu

jangan bohong

Ko jangan pandai-pandai bohong..kan mak cilikan mulut tu..

Sape pernah dengar dialog ni?

Apa relevennya cili dengan bohong?


Monday, 25 March 2013

Oh! Baru Tahu Camne..

inilah rahsia mereka
sekadar hiasan..


by: Dr stephen Carr Leon

Mengapa Yahudi Bijak? 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Sekian, sekadar itu perkongsian untuk kali ini.
Salam.

Friday, 22 March 2013

Semoga Beliau Dirahmati Allah

 Salam sahabat-sahabat sekalian..
Tahukah kalian bahawasanya seorang ilmuan islam telah gugur pada hari ini..
Semoga beliau dirahmati Allah s.w.t.
Baru pagi tadi Brader mendapat perkhabaran Sheikh Said Ramadhan Al-Buti telah dijemput kembali oleh Sang Penciptanya. Beliau telah terbunuh dalam siri serangan pengebom berani mati terhadap masjid di Damascus, Syria awal pagi tadi. Sesungguhnya pemergian beliau pasti amat dirasai seluruh umat Islam kerana di Malaysia khasnya  kitab-kitab tulisan beliau seringkali menjadi rujukan utama dalam pelbagai bidang keilmuan. Brader sendiri amat terkesan dengan kehilangan tokoh sunni ini. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh beliau.

syeikh ramadahan al-buti di bom.
klik sini untuk berita penuh

Berikut Brader kongsikan sedikit biodata beliau.

SHEIKH PROF. DR. MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI


syeikh sunni

Nama penuh beliau ialah Syeikh Muhammad Said bin Ramadan bin Umar bin Mura. Al-Butidilahirkan pada tahun 1929  di sebuah perkampungan kecil di Turki bernama Jilika. Perkampungan itu terletak di sebuah pulau bernama Jazirah Buttan menurut bahasa Kurdi  dan dikenali sebagai Jazirah Ibn Umar menurut Bahasa Arab (al-Buti, 1998a: 13). Nama gelarannya al-Buti adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau itu iaitu Buttan.

Senarai karya-karya Syeikh Muhammad Said bin Ramadan bin Umar bin Muraal-Buti sehingga tahun 2011 mengikut kategori tertentu seperti mana berikut:

Akidah dan Falsafah

1. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluk
2. Al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-Mucasarah
3. Nakd Awham al-Madiyyah al-Jidaliyyah
4. Al-Islam wa al-cAsr Tahdiyyat wa Aafat
5. Al-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Madhhab Islami
6. Al-Madhhab al-Iqtisadi Bayna al-Syuyuciyyah wa al-Islam
7. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lata’if al-Tashric al-Rabbani
8. Al-Tacrif cala al-Dhat huwa al-Tariq al-Mucabbat ilal-Islam
9. Al-Taghayyir Mafhumah wa Tarai’qah
10. Al-Din wa al-Falsafah
11. Dur al-Adyan fi al-Islam al-cAlami
12. Al-Bidayat Bakurrah Acmali al-Fikriyyah
13. Al-Zilamiyyun al-Nuraniyyun

Fiqh dan Perundangan

1. Muhadharat fi al-Fiqh al-Muqaran
2. Al-Jihad fi al-Islam: Kayfa Tafhamuh? Wa Kayfa Numarisuh?
3. Dawabit al-Maslahah fi al-Sharicah al-Islamiyyah
4. Ishkaliyyat Tajdid Usul Fiqh al-Hiwariyyat
5. Maca al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 1
6. Maca al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 2
7. Al-Lamazhabiyyah: Akhtar Bidcah Tuhaddid al-Syarciah al-Islamiyyah
8. Al-Hiwar Sabil al-Tacayish Maca al-Yacaddad wa al-Ikhtilaf
9. Mas’alah Tahdid al-Nasl
10. Mushawarat Ijtimaicyyah
11. Qadaya Fiqhiyyah Mucasirah

Tasawuf dan Akhlak

1. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 1
2. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 2
3. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 3
4. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 4
5. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 5
6. Min Asrar al-Manhaj al-Rabbani
7. Sakhsiyyat Istauqafatani
8. Urubbah min al-Taqniyyah ila al-Ruhaniyyah

Lain-Lain

1. Mamu Zain
2. Hadha Walidi
3. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah
4. La Ya’tihil Batil
5. Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Quran
6. Ala Tariq al-cAudah ila al-Islam: Rasm Limanhaj wa Hal Limuskilat
7. cAishah Umm al-Mu’minin
8. Al-Insan Musayyar am Mukhayyar
9. Al-Islam Maladh Kullu al-Mujtamacat al-Insaniyyah: Limaza? Wa Kaifa?
10. Allah am al-Insan: Ayyuhuma Aqdar cala Ricayah Huquq al-Insan?
11. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 1
12. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 2
13. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 3
14. Difac can al-Islami wa al-Tarikh
15. Dirasat Qur’aniyyah 1
16. Dirasat Qur’aniyyah 2
17. Dirasat Qur’aniyyah 3
18. Fi Sabilillah wa al-Haq
19. Hadha Huwa al-Islam 1 (Silsilah)
20. Hadha Huwa al-Islam 2 (Silsilah)
21. Hadha Huwa al-Islam 3 (Silsilah)
22. Hadha Huwa al-Islam 4 (Silsilah)
23. Hadha Huwa al-Islam 5 (Silsilah)
24. Hadha Huwa al-Islam 6 (Silsilah)
25. Hadha Huwa al-Islam 7 (Silsilah)
26. Hadha ma Qatlah: Amam Bacd al-Rawasa’ wa al-Maluk
27. Hadhihi Mushkilatihum
28. Hadhihi Mushkilatuna
29. Haqai’q can Nasha’ah al-Qaumiyyah
30. Hiwar Haul MushkilaHadariyyah
31. Hurriyyah al-Insan fi Zil cUbudiyyah Lillah
32. Ila Kulli Fatat Tu’min Billah
33. Kalimat fi Munashibat
34. Min Rawa’ic al-Qur’an
35. Muhadharat fi Khutb al-Jumacah
36. Salsalah Abhath fi al-Qimah
37. Siyamind Ibn al-Adngal
38. Tajribat al-Tarbiyyah al-Islamiyyah fi Mizan al-Bahth
39. Al-Hubb fi al-Qur’an
40. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbwa Lata’if al-Tashric al-Rabbani

sumber : Hanputra


Semoga Allah memberikan tempat yang terbaik bagi beliau.
Sekian, salam Jumaat Brakah.